Gaya Hidup

Ujian London Van Hibrid Plug-in Daripada Ford

Ford Motor Company melancarkan projek berjuta-paun yang direka untuk membantu meningkatkan kualiti udara di London dengan mempercepatkan pelan elektrik dengan 13 kenderaan elektrik global baharu yang dijadual akan diperkenalkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Projek yang disokong oleh Transport for London, merupakan percubaan 12 bulan 20 van plug-in hybrid (PHEV) Ford Transit Custom baharu yang mengurangkan emissions tempatan berjalan hanya dengan kuasa elektrik bagi kebanyakkan perjalanan bandar seperti penghantaran dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Dijadual dilancarkan musim luruh ini, ia merupakan sebahagian daripada komitmen Ford untuk bekerja dengan bandar-bandar utama di seluruh dunia untuk menangani cabaran-cabaran pengangkutan tempatan untuk membantu orang ramai dan barangan untuk bergerak bebas.

Ford akan menyediakan 20 kenderaan plug-in hybrid  Transit Custom kepada pelbagai armada perniagaan di seluruh London, termasuk armada Transport For London, untuk meneroka bagaimana van komersial boleh menyumbang kepada sasaran udara bersih sambil meningkatkan produktiviti pengendali dalam keadaan bandar – persekitaran kerja yang paling sukar untuk kenderaan. Projek ini dibiayai oleh Advanced Propulsion Centre yang dibiayai oleh kerajaan.U.K.

 

 

Previous post

Zenos Cars UK Tutop Kedai

Next post

Tiga Sekeluarga Rentas 6 Sempadan Indochina Dengan SYM Sport Rider 125i dan VTS200

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *