Gaya Hidup

Seperti Biasa Kopi Musim Perayaan Percuma dari Petronas

Petronas telah melancarkan kempen Coffee Break untuk mereka yang akan ‘balik kampung’ Tahun Baru Cina ini. Di 121 stesen di sepanjang lebuh raya, jalan utama dan kawasan trafik yang tinggi di seluruh negara, 600,000 cawan kopi panas segar dan makanan ringan akan diberikan kepada pengguna jalan raya. Kempen ini adalah pada 28 29, 30 dan 31 Januari 2017 dari 02:00 ptg.

Ini adalah tahun yang ke 18, kempen ini akan mengukuhkan lagi mesej keselamatan jalan raya melalui kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR). Pemilik kenderaan akan mendapati ‘7 Tips Keselamatan Jalan Raya’ di stesen Petronas untuk mengingatkan dan mendidik pengguna jalan raya agar  sentiasa berwaspad dan selamat pada percutian yang akan datang ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di samping itu, Petronas Dagangan Berhad bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membawa kempen keselamatan jalan raya yang lebih holistik untuk pengembara apabila mereka singgah di stesen yang mengambil bahagian. Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan seperti pemeriksaan keselamatan 20 perkara untuk kereta Proton dan juga pemeriksaan kesihatan akan dijalankan secara percuma.

Kopi dan snek percuma akan diberikan sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymesra.com.my.

 

Previous post

Tonton Video Honda CR-V 2017

Next post

Kawasaki Motors Malaysia Lancar 4 Model Baharu 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *