Berita Auto

Sambut Tahun Baru Cina Dengan MINI Countryman John Cooper Works Design Edition

MINI Malaysia telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Countryman John Cooper Works Design Edition. tepat pada masanya sempena dengan kedatangan Tahun Ayam tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model eksklusif ini dilengkapi dengan Kit Aerodinamik John Cooper Works yang merangkumi splitter hadapan, skirting sisi, diffuser belakang serta kemasan pintu untuk imej yang lebih agresif. Ia juga dihiasi dengan jalur JCW yang selari dari bahagian hadapan hingga ke belakang serta pada sisi kereta.

The New MINI Countryman JCW Design Edition (6)

Countryman JCW Design Edition adalah satu-satunya model MINI yang menawarkan lampur projektor LED pada pintu yang boleh ditukar. Sebaik sahaja pintu dibuka, satu grafik sama ada logo MINI, bendera Union Jack atau logo John Cooper Works akan dipancarkan ke tanah.

The New MINI Countryman JCW Design Edition (8)

Model ini menampilkan pelbagai ciri, antaranya MINI Visual Boost dengan skrin LCD warna beresolusi tinggi bersaiz 6.5 inci dan penghawa dingin automatik. Ia turut mempunyai stereng sports dibalut kulit dengan paddle shifter, tempat duduk sporty dengan kemasan kulit Gravity Carbon Black. Kemasan dalaman Piano Black yang hitam berkilat dan elemen krom menyerlahkan lagi suasana di dalam kabin.

The New MINI Countryman JCW Design Edition (11)

Tidak cukup dengan gaya menyerlah, Countryman JCW Design Edition juga menawarkan pemanduan berkuasa dengan enjin 1.6 liter turbo yang menghasilkan 190 hp dan 240 Nm tork (260 Nm dengan fungsi Overboost). Ia mampu mencatat kelajuan 100km/j dari kedudukan pegun dalam masa hanya 7.8 saat dengan pecutan maksimum sehingga 212 km/j.

The New MINI Countryman JCW Design Edition (4)

Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Light White, Blazing Red, Starlight Blue dan Jungle Green. Semuanya dipadankan dengan bumbung dan cermin sisi berwarna hitam.

The New MINI Countryman JCW Design Edition (9)

Harga runcit (di atas jalan tidak termasuk insurans) MINI Countryman JCW Design Edition ialah RM242,888 seunit dengan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun dan penyelenggaraan berjadual percuma.

 

Previous post

Yamaha Ego Solariz Kini di Pasaran - RM5,548

Next post

Volkswagen Buka Pusat 3S di Batu Pahat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *