Berita Auto

Proton Ditauliahkan Sebagai Pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Bagi Kemahiran Automotif

Proton hari ini menerima pentauliahan daripada Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai pusat latihan sehenti bagi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia, menyampaikan sijil pentauliahan kepada YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, sebagai pengiktirafan kepada syarikat itu. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Mohd Sahar Darusman, Timbalan Ketua Setiausaha Agung (Dasar & Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah JPK, dan YBhg Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu telah menyampaikan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) kepada 30 orang penerima dan menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Proton dan JPK bagi program membangunkan pekerja berkemahiran dalam jangka masa yang panjang. Seramai 25 orang kakitangan Proton yang lain juga telah dianugerahkan dengan biasiswa Yayasan Proton bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Photo 3 (4)

SKM merupakan sijil rasmi peringkat kebangsaan yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Kerajaan kepada individu-individu yang telah menonjolkan keupayaan yang diperlukan atau dipraktikkan dan lengkap dengan kecekapan untuk melakukan tugasan dan fungsi-fungsi bagi sesuatu pekerjaan agar mudah mendapat peluang pekerjaan.

Digunapakai di dalam Pelan Malaysia ke-10 sebagai Kemahiran Tunggal/Pensijilan Vokasional untuk negara, terdapat 13 skim perkhidmatan yang telah diiktiraf dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, untuk jawatan berkemahiran dalam perkhidmatan awam. Untuk meningkatkan pengiktirafan bagi kemahiran yang berkelayakan, SKM akan menjadi kelayakan wajib bagi pekerjaan tertentu.

Photo 4 (3)

Dari segi pembangunan kemahiran, kerjasama antara Proton dan JPK telah terjalin lebih 24 tahun yang lalu di dalam bidang Teknologi Automotif. World Skills Malaysia Belia (WSMB) dianjurkan setiap tahun untuk menyediakan latihan kemahiran yang berkesan kepada belia dan mengenal pasti inovasi yang terbaik di peringkat kebangsaan, untuk mereka bersaing di Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) dan Pertandingan Kemahiran Sedunia (WSC).

Di bawah Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia oleh JPK, terdapat 5 tahap kemahiran yang mendapat kelayakan yang diiktiraf untuk pekerjaan yang tertentu dan terpilih. Seramai 207 orang pekerja Proton telah berjaya memperoleh SKM, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan DLKM. Kesemua pencapaian adalah pada tahap 3, 4 dan 5, di bawah JPK.

Photo 5 (1)

Proton turut menyumbangkan enjin 1.6L Turbo kepada Akademi Saga (AS). MoU itu akan menyaksikan kedua-dua pihak membentuk kerjasama erat dalam meningkatkan kemahiran di kalangan para pelajar yang mengambil kursus-kursus berkaitan di AS dengan memastikan kursus-kursus dikendalikan oleh kedua-dua pihak, mengikut modul yang diluluskan JPK.

Proton juga akan menyediakan tempat latihan praktikal pelajar; pembangunan dan ulasan berkala tentang kurikulum, modul dan sukatan pelajaran latihan yang digunakan dalam program; menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan peralatan yang dikehendaki oleh piawaian industri; dan pertukaran maklumat terkini, dan perkembangan teknologi dalam bidang automotif. Mengikut syarat- syarat yang ditetapkan, pelajar-pelajar AS yang mendapat keputusan cemerlang akan diterima bekerja di Proton sebaik sahaja mereka menamatkan kursus tersebut.

Previous post

Beli Tiket MotoGP Dengan Harga Promosi 'Early Bird' Sekarang

Next post

Pagani Huayra Roadster Bakal Muncul di Geneva Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *