Berita Auto

Mercedes-Benz Mula Pengeluaran E-Class Coupe Baharu

Pengeluaran siri E-Class Coupe yang baru telah bermula di kilang Mercedes-Benz di Bremen.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tambahan terbaru keluarga E-Class yang berjaya mengikuti Saloon, Estate dan varian off road semua terrain, yang telah keluar dari barisan pemasangan di kilang Sindelfingen sejak tahun lepas. Versi long-wheelbase daripada E-Class baru dibina untuk pasaran China di kilang syarikat itu di Beijing.

Dari segi teknikal berdasarkan Saloon, Coupé yang sporty dan eksklusif ini menandakan langkah seterusnya dalam evolusi bahasa reka bentuk Mercedes-Benz . Pada masa yang sama, ia menawarkan kepintaran keluarga E-Class dengan integrasi telefon pintar penuh, Widescreen Cockpit dan sistem bantuan pemandu terkini dengan pilihan untuk, antara lain, memandu sebahagiannya automatik.

Enjin berkuasa dengan pelepasan ekzos rendah dan penggantungan selesa dengan selective damping menyediakan jaminan pengalaman pemanduan sporty dan tangkas. Coupé ini sudah boleh dipesan dan akan berada di jalan kepada pelanggan dari musim bunga 2017.

 

 

 

Previous post

Pemenang Cabutan Bertuah Bawa Pulang Honda EX5

Next post

Volvo S90 dan V90 Capai Penarafan Emergency Braking Autonomi Euro NCAP Untuk Keselamatan Pejalan Kaki

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *