Gaya Hidup

Ingat Ferrari Testarossa Dari Miami Vice? Ianya Sedang Di Lelong

Bintang sebenar daripada  rancangan polis tahun 80-an Miami Vice, Ferrari Testarossa putih akan di lelong bulan ini. Apabila siri itu bermula, producer Michael Mann dan krew telah memilih untuk menyamarkan Chevrolet Corvette sebagai Ferrari Daytona, dan itulah yang telah digunakan sebagai kereta Crockett dan Tubbs, watak-watak utama rancangan itu.

Dari musim 3, Miami Vice mempunyai pencapaian yang kuat sehinggakan Ferrari sendiri telah bersetuju untuk membekalkan mereka 2 Testarossa yang sebenar. Kedua-duanya hitam logam dari kilang tetapi telah dicat putih untuk rancangan itu. Kedua-duanya hanya dipandu hanya sedikit di set, kebanyakannya untuk pengambaran statik. Untuk aksi-aksi lasak replika khas disediakan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bulan ini, salah satu daripada Testarossa ini sedang diletakkan untuk dilelongan. Ia merupakan satu varian awal Mono Specchio (cermin tunggal) dengan kurang daripada 27,000km pada odometernya. Tetapi walaupun dengan cermin tunggalnya ynag pelik, anda tidak boleh menafikan bagaimana ikonik reka bentuknya.

   

 

Previous post

Enjin Boxer Subaru Diperjelaskan Dalam Video

Next post

Honda Civic Generasi ke-10 Honda Adalah Civic Model Global Selepas Kejayaan 40 Tahun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *