Berita Auto

Hyundai IONIQ Terima Anugerah Best Small Hatch UK Car of the Year 2017

Hyundai Ioniq terus merangkul anugerah demi anugerah sejak ianya dilancarkan pada tahun lalu. Kali ini, kereta itu dinobatkan sebagai Best Small Hatch di UK Car of the Year (COTY) Awards 2017, mengalahkan pesaing-pesaing seperti Renault Megane dan MINI Clubman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ioniq menerima pujian dari para juri COTY untuk pilihan enjinnya yang mesra alam, digabungkan dengan casis yang mantap serta rekaan bergaya.

“Hyundai telah mengeluarkan model yang mantap untuk bersaing dalam segment kompetitif.” – Olivia Gauch

Ioniq cemerlang kerana mempunyai tiga enjin Eco yang bagus dan juga sedap dipandu, dengan pengendalian dan perincian yang bagus,” – Paul Hudson

Hyundai IONIQ (5)

“Satu cadangan yang bijak bagi teknologi elektrik yang fleksibel dan ini dicerminkan oleh rekaannya yang menarik,” – Nargess Banks.

Di Malaysia, Ioniq ditawarkan dalam varian hybrid yang menampilkan gabungan enjin Kappa 1.6 liter GDI dan sebuah motor elektrik untuk jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 141 PS dan 265 Nm tork. Harga untuk model ini bermula dari RM100,328.

Hyundai IONIQ (6)

Ioniq, bersama-sama dengan 11 pemenang lain kategori lain, akan dipertandingkan di kategori final pula untuk anugerah UK Car of The Year 2017. Pemenang akan diumumkan pada 24 Februari ini.

 

 

Previous post

Mercedes-Benz G-Class Elektrik: Kereta Baru Arnold Schwarzenegger

Next post

Inikah Rupa Hypercar Mercedes Project One?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *