Motosikal / Lain Lain Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Kelas Celik Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini merasmikan penajaan Kelas Celik Yamaha di SMK Bukit Rahman Putra di bawah Program Pendidikan Khas Bersepadu (Special Education Integrated Program, SEIP) sekolah itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Dato’ Haji Ahmad Tajudin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Malaysia, ditemani oleh Tn Hj Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dan Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor.

Ditubuhkan sejak 2001, SEIP mempunyai 16 kelas bersepadu yang menampung 105 pelajar dan 19 guru. Progra-program bersepadu tersebut mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran kondusif untuk para pelajar serta guru. Penajaan ini adalah usahasama terkini antara HLYM dan SMKBRP selepas kempen Yamaha Safety Riding Science (YSRS) dan aktiviti Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management System, EMS).

2017-01-18-PHOTO-00000060

Melalui penajaan itu, HLYM telah bekerjsama dengan pihak sekolah bagi menyediakan kelas dengan peralatan dan bahan mengajar yang lengkap. Selain itu, syarikat itu juga berkongsi kepakaran mereka bagi membangunkan satu siri program yang sistematik.

 

Previous post

Tonton Evolusi Range Rover Dalam Masa Yang Tidak Lebih Dari 2 Minit

Next post

Patrick Dempsey Bercakap Tentang Keberanian Dan Kerjaya Kedua Sebagai Pemandu Kereta Lumba

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *