Berita Auto

Ford Mustang Convertible Baharu

Susulan daripada pendedahan Mustang baharu tempoh hari, Ford kini kembali dengan Mustang convertible baharu yang akan mula memasuki pasaran Amerika Utara musim luruh ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Salah satu sports coupe paling laris di dunia, Mustang convertible menampilkan beberapa penambahbaikan termasuk teknologi terkini dan sentuhan segar pada rekaannya. Tiga warna baru ditawarkan, bersama dengan 12 pilihan rim dan panel instrumen digital. Enjin yang lebih berkuasa serta suspensi MagneRide memberikan prestasi yang lebih mengagumkan.

Reka bentuk lebih anggun

Mustang kini mempunyai ‘stance’ yang lebih bertenaga, dengan rekaan depan dan belakang yang bukan sahaja nampak garang, malah lebih aerodinamik.

Ford-Mustang-GT-Convertible-Ingot-Silver-2

Teknologi lebih canggih

Ciri-ciri baru termasuk panel instrumen digital sebesar 12 inci yang boleh diubah suai mengikut cita rasa. Ciri MyMode dengan fungsi memori mengingati gaya panduan anda, manakala Pre-Collision Assist dengan Pedestrian Detection membuatkan anda lebih yakin.

Prestasi dipertingkatkan

Enjin 2.3 liter EcoBoost dan 5.0 liter V8 diberi penambahbaikan, bersama-sama dengan kotak gear automatik 10 kelajuan baharu. Suspensi MagneRide serta ekzos dengan injap aktif boleh dipesan untuk pengendalian optimum dan bunyi menggiurkan.

 

Previous post

Dodge Challenger SRT Demon - 200kg Lebih Ringan Berbanding Hellcat

Next post

Mengapa 2018 BMW M5 Akan Mempunyai Pacuan Semua Roda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *