Motosikal / Lain Lain Roda

Beli Tiket MotoGP Dengan Harga Promosi ‘Early Bird’ Sekarang

Dari sekarang sehingga 31 Mac 2017, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menawarkan tiket Shell Malaysia MotoGP 2017 pada harga diskaun Early Bird. di mana peminat berpeluang merebut tiket dengan harga serendah RM44.25!

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Tahun lalu, tiket telah habis dijual sebulan sebelum tarikh perlumbaan, jadi kami menggalakkan semua peminat untuk mendapatkan tiket mereka sekarang untuk mengelakkan kekecewaan di kemudian hari,” kata Dato’ Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC.

“Musim akan datang menjanjikan aksi menarik. Dengan rombakan nama-nama besar dalam kelas MotoGP, para pelumba yang beralih kelas, dan kami juga tidak sabar untuk menyaksikan kelibat pelumba-pelumba Malaysia iaitu Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin serta rookie Ayumu Sasaki dari SIC Racing Team,” tambah Razlan.

Early Bird Image 1

Dapatkan tiket anda sekarang di laman web SIC, Pusat Khidmat Pelanggan di SIC atau hubungi talian hotline tiket SIC di 03-87782222. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sesi ujian musim sejuk (winter testing) pra-musim yang berlangsung dari 30 Januari hingga 1 Februari dari 10 pagi hingga 6 petang. Kemasukan ke Main Grandstand adalah percuma.

Dapatkan harga tiket dan diskaun di laman web SIC di www.sepangcircuit.com atau laman Facebook di www.facebook.com/sepanginternationalcircuit.

Early Bird Image 2

Harga tiket yang dinyatakan adalah termasuk 6 peratus GST, 5 peratus cukai hiburan negeri Selangor dan yuran pengeluaran sebanyak RM3 setiap tiket. Kanak-kanak di bawah 7 tahun dibenarkan masuk secara percuma tetapi tidak akan diperuntukkan tempat duduk.

Previous post

Dapatkan Pie Face di Stesen BHPetrol Hari Ini

Next post

Proton Ditauliahkan Sebagai Pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Bagi Kemahiran Automotif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *