Cerita Auto

Aston Martin Vanquish S Volante Yang Seksi

Aston Martin telah mendedahkan model terbaru mereka iaitu Vanquish S Volante. Model ini mempunyai aspek mekanikal yang sama dengan Vanquish S coupe yang dilancarkan pada November tahun lalu kecuali ia mempunyai bumbung yang boleh dibuka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan itu, jumlah kuasa yang dibekalkan oleh enjin naturally-aspirated 5.9 liter V12 itu kekal pada 580 hp pada 7,000 rpm dan 630 Nm pada 5,500 rpm. Unit itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan roda belakang.

Aston Martin Vanquish S Volante -3

Melihat kepada versi coupe yang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 323 km/j, tidak mustahil Vanquish S Volante mempunyai prestasi yang hampir sama.

Aston Martin Vanquish S Volante -1

Lain-lain penambahbaikan termasuklah kit badan aerodinamik dengan elemen gentian karbon serta diffuser belakang dengan empat tip ekzos. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem suspensi yang dipertingkatkan.

Aston Martin Vanquish S Volante -2

 

Previous post

Volvo S90 dan V90 Capai Penarafan Emergency Braking Autonomi Euro NCAP Untuk Keselamatan Pejalan Kaki

Next post

Audi Rangkul Dua Anugerah "Best Cars 2017"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *