Insuran

70% Pemandu Tidak Sanggup Beli Kereta Hibrid dan Elektrik Kerana Kos Insurans Tinggi

Satu kaji selidik yang dijalankan bagi pihak Institute of the Motor Industry (IMI) menunjukkan walaupun 40 peratus daripada orang ramai di United Kingdom ambil berat tentang pencemaran udara dan melihat kenderaan pelepasan ultra rendah (Ultra Low Emission Vehicles, ULEV) sebagai satu penyelesaian, mereka tidak sanggup untuk membayar kadar insurans yang tinggi bagi kenderaan-kenderaan tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pembekal insurans di UK mengenakan cas sehingga 50 peratus lebih mahal bagi kenderaan elektrik dan hibrid disebabkan harga jualan yang lebih tinggi serta kekurangan tenaga yang mahir. Setakat ini, hanya 1 peratus daripada mekanik mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyelenggara ULEV dan hampir kesemua daripadanya bekerja dengan pengedar francais.

Mitsubishi-Outlander-PHEV-1-620x350

Orang ramai juga risau tentang kekurangan ‘charging point’ untuk kereta elektrik dan hibrid, menurut kaji selidik IMI itu. Walaupun kerajaan UK menyokong pembangunan infrastruktur bagi mempromosi kenderaan bersih, ia terus menghalang sebarang campur tangan dalam pasaran bagi menangani jurang kemahiran yang semakin serius.

Kaji selidik ini dijalankan oleh Vital Research and Statistics yang melibatkan 2,000 orang dewasa di UK yang mempunyai lesen memandu. Ia mendapati hanya 17 peratus daripada responden menganggap harga insurans yang lebih tinggi untuk ULEV adalah berbaloi. Berbanding golongan usia yang lain, mereka berumur 18 hingga 24 tahun didapati lebih rela menanggung kos insurans yang tinggi dan hanya 9 peratus daripada mereka yang berusia 55 tahun sanggup membayarnya.

Photo A

“Banyak negara telah mengikuti agenda hijau secara aktif dan menggalakkan pemandu untuk menukar kepada kereta elektrik. Selain daripada menyediakan infrastruktur, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa pemandu mampu untuk melakukan perubahan itu. Isu kemahiran yang dikenal pasti oleh IMI adalah halangan utama yang perlu diberi perhatian segera,” kata Matthew Stuart, Pengurus Kanan IMI Asia Tenggara.

Beliau menambah yang IMI juga telah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi menyediakan latihan berkaitan kenderaan elektrik dan hibrid kepada kolej-kolej komuniti, selari dengan sasaran negara untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV). Antara kolej yang terlibat adalah Kolej Komuniti Kepala Batas, yang kini mempunyai lebih dari 230 calon EEV dengan kelayakan antarabangsa IMI.

 

Previous post

8 Sebab Mengapa Tauke Ladang Akan Suka Hilux Baharu Ini

Next post

Yamaha FZ25 Dilancarkan di India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *