Cerita Auto

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Umum Pelantikan Pengarah Urusan Baru

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pelantikan Erik Winter sebagai Pengarah Urusannya yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Winter menggantikan Pengarah Urusan sebelumnya, Alin Tapalaga yang kembali ke Eropah berikutan masalah kesihatan dan memantau operasi Jenama dan Sumber Manusia Syarikat.

Winter akan menyertai Pengarah Urusan VPCM untuk Selepas Jualan, Teknologi Maklumat dan Kewangan, Florian Steiner.

Tidak asing dalam dunia peruncitan automotif, Winter membawa bersama pengalaman dan kepakaran yang diperolehinya selama 16 tahun berkhidmat di pelbagai unit perniagaan Porsche Holding Salzburg (PHS) diseluruh dunia. Winter sebelum ini bertugas di China di mana beliau bertanggungjawab ke atas operasi peruncitan salah satu jenama yang diwakili oleh PHS.

Erik Winter joins Florian Steiner as Managing Director at VPCM

Bersama-sama dengan Steiner, Winter akan memberi fokus ke atas strategi VPCM untuk meningkatkan perkongsian pasaran, mengukuhkan rangkaian pengedar Volkswagen serta meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualannya.

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menambah baik pengalaman pemilikan produk Volkswagen, VPCM juga memperkenalkan jaminan pengeluar selama lima tahun ke atas semua kereta Volkswagen yang dibeli mulai 1 September 2016. Passat serba baharu yang dibeli dan didaftarkan sebelum 31 Disember 2016 turut hadir bersama penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Previous post

Perodua ECO Challenge Kembali Dengan Potensi Nilai Komersial

Next post

Continental Tyre Malaysia Jalin Kerjasama Dengan ASEAN NCAP di Kempen 'Stop the Crash 2016'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *