Cerita Auto

Volkswagen Golf R Baharu Tampil Dengan Lebih Kuasa

Susulan daripada pelancaran Golf Mk7.5 pada November lalu, Volkswagen kini membawa keriangan Hari Krismas lebih awal kepada peminat hot hatch di seluruh dunia dengan Golf R baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara perubahan terbesar pada edisi terbaru ini adalah jumlah kuasa yang telah meningkat ke 310 PS dan 400 Nm, berbanding 300 PS dan 380 Nm pada edisi terdahulu.

VW-Golf-1

Enjin pengecas turbo 2.0 liter empat silinder itu dipadankan dengan DSG atau kotak gear manual enam kelajuan, yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke tayar melalui sistem pacuan empat roda 4Motion.

VW-Golf-3

Ini membolehkan Golf R untuk memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 4.6 saat, 0.4 saat lebih laju berbanding sebelum ini.

VW-Golf-4

Ditawarkan dalam bentuk hatchback dan Variant, Golf R juga dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang tidak boleh didapati pada varian lain seperti lencana ‘R’ pada gril hadapan dan penutup bonet belakang, cermin sisi berwarna perak, diffuser serta empat tip ekzos.

VW-Golf-5

Kelengkapan di dalam kabin terdiri dari skrin sesentuh 9.2 inci serta kluster instrumen digital 12.3 inci yang menggantikan kluster analog biasa.

 

 

Previous post

Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka : Jejak Makan II ROSS II Eat Beat Ep 36

Next post

Bentley Continental GT V8 S Black Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *