Berita Auto

UMW Toyota Motor Umum Pelantikan Presiden Baru

UMW Toyota Motor telah mengumumkan pelantikan Ravindran Kurusamy sebagai Presiden baharu bermula 1 Januari 2017. Beliau mengambil alih tugas itu dari Datuk Ismet Suki yang telah berkhidmat selama 26 tahun di syarikat tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebelum pelantikan ini, Ravindran merupakan Pengarah Eksekutif bagi pasca jualan, pembelian, jaminan kualiti dan hartanah. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan mendapat MBA di Amerika Syarikat pada tahun 1988.

“Saya berbangga kerana telah dilantik sebagai Presiden UMW Toyota Motor dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ismet Suki kerana telah membawa syarikat ke tahap yang ada pada hari ini,” kata Ravindran.

Dalam peranan barunya sebagai Presiden, Ravindran mensasarkan untuk meneruskan momentum pertumbuhan walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

“Adalah menjadi matlamat saya untuk memaksimumkan prestasi keseluruhan Toyota dalam pasaran Malaysia dan memastikan bahawa jenama ini kekal sebagai pemain utama dalam sektor automotif negara,” tambah beliau.

Previous post

Proton Iriz Dinobat Budget Car of the Year 2016

Next post

Tonton Ken Block Main Dalam Salji Dengan Raptor F-150

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *