Cerita Auto

Tan Chong Lancarkan Pakej NISMO Untuk Nissan Teana

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan pakej NISMO Performance untuk model Nissan Teana. Sebuah unit yang dilengkapi dengan pakej tersebut diperkenalkan hari ini oleh pemandu pasukan lumba NISMO, Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli dalam satu majlis prebiu media di Pusat 4S ETCM Glenmarie.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Nissan Teana NISMO Performance Package menampilkan pelbagai aksesori yang direka khusus untuk pemilik Teana di Malaysia. Tempahan akan diterima mulai hari ini (18 Disember 2016) dengan penghantaran dijadual pada Januari 2017.

???????????????????????

Pakej tersebut dibahagikan kepada dua iaitu NISMO Performance Package dan NISMO Aero Package. Ia ditawarkan kepada semua varian Teana yang hadir dalam lima warna – biru (Storm Blue), putih (Brilliant White), hitam (Diamond Black), perak (Tungsten Silver) dan emas (Bronze Gold).

Nissan Teana NISMO Package

Dihasilkan berdasarkan kepada piawaian NISMO yang ketat, Performance Package merangkumi spoiler bampar depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler penutup bonet untuk penampilan yang lebih garang.

Sports Spring

Ia diserlahkan lagi dengan rim aloi NISMO LMX6 bersaiz 18 inci berwarna hitam berkilat dengan kemasan krom yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport 4. Kombinasi itu dipertingkatkan lagi dengan spring sport yang direndahkan sebanyak 30 mm serta kemasan ekzos sport.

Quarter Back

Teana 2.5XV menawarkan kuasa maksimum 173 hp dengan tork 234 Nm. Manakala varian 2.0XL dan 2.0XE mampu menjana kuasa 136 hp dan 190Nm. Ia dilengkapi enam beg udara SRS dan sistem Electronic Stability Control Nissan, termasuk VDC (Vehicle Dynamic Control), TCS (Traction Control System) dan AUC (Active Understeer Control).

Previous post

Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka : Jejak Makan II ROSS II Eat Beat Ep 34

Next post

Pemilik Tesla Sekarang Akan Didakwa Jika Mereka Tinggalkan Kenderaan Mereka di Stesen Caj Terlalu Lama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *