Berita Auto

Saksikan Program Keselamatan Jalan Raya Allianz Malaysia di Chiki Boom! TV2

Program pendidikan keselamatan jalan raya Allianz Malaysia bakal ditayangkan di Chiki Boom! TV2, RTM pada bulan Januari 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program interaktif keselamatan jalan raya Allianz telah diadakan pada 16 November 2016 di SK Yaacob Latif 2 untuk 54 orang pelajar, manakala program pendidikan keselamatan jalan raya telah diadakan pada 17 November di SK Jalan Sungai Besi 1 untuk 30 orang pelajar.

Setiap program keselamatan jalan raya telah dirakam oleh Chiki Boom! dan akan ditayangkan dalam salah satu episod mereka yang akan menampilkan topik keselamatan jalan raya pada bulan Januari 2017.

“Program-program kami merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan jalan raya dikalangan murid-murid. Sekolah merupakan salah satu fokus kami pada tahun ini di samping kempen advokasi keselamatan jalan raya dengan kerjasama JKJR sejak Julai 2011,” kata Ng Siew Gek, Ketua Bahagian Allianz4Good.

Chiki Boom! adalah rancangan televisyen kanak-kanak di TV2, RTM yang disiarkan setiap pagi Ahad pada pukul 10 pagi. Kini dalam tahun kesembilannya, rancangan ini memaparkan pelbagai topik setiap minggu dimana mereka meneroka dan meluahkan dalam dunia kanak-kanak.

Pix1

Program interaktif di SK Yaacob Latif 2 menekankan kepentingan lima elemen keselamatan jalan raya. Ini merangkumi pemahaman peraturan jalan raya dan lampu isyarat; cara melintas dengan selamat dan memahami risiko di jalan raya; memahami trafik lalu lintas; pemakaian topi keledar bagi penunggang basikal dan motosikal, dan pemakaian tali pinggang keselamatan.

Program di SK Jalan Sungai Besi 1 pula menekankan tiga topik utama iaitu; keselamatan pejalan kaki, keselamatan kenderaan dan asas papan tanda jalan raya. Ini diajar dengan pelbagai aktiviti seperti kuiz, video pendidikan, teka-teki gergasi dan permainan tanda keselamatan jalan raya.

Di kedua-dua sekolah, Allianz Malaysia telah mengedarkan Buku Panduan Keselamatan Jalan Raya yang telah direka khas dan gegelang tangan dengan mesej keselamatan jalan raya “Selamat, dilihat” kepada para pelajar. Selain itu, syarikat itu juga telah mengedarkan set puzzle tip-tip keselamatan jalan raya untuk setiap sekolah sebagai alat mengajar bagi guru-guru untuk memudahkan pelajaran keselamatan jalan raya.

Pada tahun 2016, Allianz Malaysia meneruskan inisiatif keselamatan jalan raya dengan menganjurkan kempen advokasi keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah dan di kawasan cenderung kemalangan serta semasa musim perayaan utama untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan orang ramai.

Previous post

Benelli TnT135 Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Malaysia Wajibkan ESC Bagi Kenderaan Baharu Pada 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *