Cerita Auto

Perodua Bezza Terima Tiga Anugerah di Car of the Year Awards 2016

Perodua membawa pulang tiga anugerah iaitu Car of the Year kategori Entry Level, People’s Choice 2016 dan Most Significant Design Achievement bagi model Bezza pada malam anugerah Malaysia Car of the Year 2016 yang diadakan pada 15 Disember lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis itu dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Dato’ Madani Sahari.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi MAI, Datuk Muhammad Noor Yacob kepada Pengarah Urusan Perodua Sales, Dato’ Dr. Zahari Husin.

Pic 3

Pemarkahan bagi kategori Entry Level diberi berdasarkan ciri-ciri bernilai bagi mereka yang membeli kereta buat pertama kali, manakala anugerah People’s Choice diberi berdasarkan undian dalam talian.

Selain itu, Bezza juga telah menerima anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) terbaik bagi kategori kereta kecil di majlis anugerah ASEAN NCAP baru-baru ini.

Previous post

McLaren Hasilkan 10,000 Kenderaan Dalam Masa 5 Tahun

Next post

Model Honda Freed 2017 Dalam Perjalanan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *