Gaya Hidup

Pandu Kereta Secara Program Pajakan ‘MyMotor SmartLease oleh MyEG’

Portal Automotive www.mymotor.my (aka ‘MyMotor’) yang khususnya menawarkan kereta terpakai yang diperiksa dan kereta baharu untuk dijual telah melancarkan program pajakan yang dipanggil ‘MyMotor SmartLease oleh MyEG’ melalui laman webnya.

MyMotor menawarkan kereta yang sudah diperiksa, terpakai dan baharu untuk dijual serta menyediakan trade-in dan penyenarai kereta terpakai daripada pemilik dan peniaga. Sebagai platform dalam talian mudah yang membawa kedua-dua pembeli dan penjual kenderaan bersama-sama, MyMotor berfungsi sebagai pembantu jualan dan belian, memudahkan transaksi  pembelian dan penjualan untuk pelanggan. Tidak seperti laman web iklan classified dalam talian yang lain, MyMotor akan membantu pembeli dan penjual untuk melengkapkan transaksi dari awal hingga akhir, dan disokong oleh pembekal Perkhidmatan e-Kerajaan yang terkemuka di Malaysia, My E.G. Services Berhad.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Dengan pengenalan ‘MyMotor SmartLease oleh MyEG’, individu yang bermastautin di Semenanjung Malaysia kini boleh memandu kereta jenama baru atau terpakai tanpa perlu memberi komitmen terhadap pelan sewa beli yang panjang. Program ini menawarkan fleksibiliti tempoh pajakan yang singkat, tiga atau lima tahun. Dengan 10 peratus bayaran pendahuluan dan bayaran bulanan yang tetap, pelanggan kini boleh memandu kereta pilihan mereka. Berdasarkan bajet mereka, pilihan kereta baru dan terpakai pelbagai model dan jenama akan disediakan untuk dipajak.

Semasa tempoh pajakan, pelanggan akan menikmati ketenangan fikiran kerana cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan akan dilindungi oleh MyEG Kredit. Pada akhir tempoh pajakan, pelanggan tidak perlu bimbang mengenai risiko nilai masa depan kerana mereka hanya perlu memulangkan kenderaan. Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk memperbaharui pajakan dan mendapatkan kenderaan baru, atau membeli kenderaan yang sedia ada dari MyMotor dan menukar program pajakan kepada program sewa beli. terma kontrak semasa akan membenarkan kenderaan yang dipajak untuk dipandu di Semenanjung Malaysia dengan perbatuan tidak melebihi 25,000 km setiap tahun.

MyMotor juga akan menyediakan semua kenderaan di bawah program itu dengan hotline 24/7  khusus untuk breakdown dan bantuan kemalangan.

Bagi pembeli kereta dengan belanjawan yang lebih ketat yang masih memilih untuk memiliki kenderaan mereka sendiri dan ingin satu pilihan ekonomi, MyMotor menawarkan pelbagai jenis kereta yang sudah diperiksa dan terpakai di laman web mereka. Pembeli yang berminat untuk memiliki kereta terpakai kini akan dapat untuk mendapatkan pembiayaan dari MyEG kredit melalui enam langkah mudah.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mymotor.my. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi +603 7731 6375 dari 09:00-06:00, Isnin hingga Jumaat atau 6.017.355 6988.

Ikuti MyMotor di:

 

Facebook

Instagram

YouTube

Previous post

Go Auto Tandatangani Perjanjian Dengan Fukuta Untuk Bina Kenderaan Elektrik

Next post

Ford Ranger Terima Anugerah NCAP Grand Prix ASEAN

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *