Cerita Auto

Mungkinkah Konsep Suzuki Menjadi Proton Preve Baharu?

Suzuki sedang membangunkan satu model yang akan menggantikan sedan D-segmen Kizashi dan jika Proton dan Suzuki membuat keputusan untuk terus bekerjasama, ini boleh menjadi Preve yang akan datang. Kereta baharu ini akan mengubah kedudukan dari kereta-D ke kereta-C untuk mencapai lebih ramai pelanggan dan kumpulan  yang lebih luas. (Gambar di bawah adalah sedan Suzuki popular yang dijual di India)

suzuki-ciaz-rs

Designer Hisanori Matsushima mengulas: “Untuk membuat sedan yang melambangkan Suzuki, faktor utama adalah sporty. Apa yang kita perlukan dalam sedan adalah kualiti yang sukar ditandingi dan keanggunan muktamad. ”

Kereta konsep bercirikan lampu bentuk L yang kita lihat dalam konsep Kizashi2, pelbagai garisan jeriji dan trim krom di sekitar bahagian tingkap. Bahagian badan kelihatan dari Kizashi bermula dari bonet depan sampai ke pillar-d. Kereta ini akan mendapat aerodinamik yang terbaik daripada garisan kereta Suzuki dan ini boleh membantu dalam pemanduan dan pengendalian yang merupakan kekuatan Kizashi. Sepasang paip ekzos trapezoid pun, sama dengan Kizashi

Panjang konsep ini 4,600mm, jarak roda 2,750mm berbandingkan dengan Kizashi yang berukuran 4,650mm panjang dan jarak roda 2,700mm yang membolehkan ia untuk menawarkan jumlah ruang luas untuk kaki belakang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Kereta Berkuasa Diesel Masih Kurang Popular di Malaysia

Next post

BMW Sedia Lancar i8 Baharu Di Ubah Suai

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *