Berita Auto

Mercedes-Benz E-Class Coupe – Dua Pintu Lebih Seksi

Selepas diperkenalkan dalam bentuk saloon, Estate dan All-Terrain, Mercedes-Benz E-Class kini boleh didapati dalam bentuk Coupe yang menawan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperti model Coupe yang lain, E-Class Coupe secara asanya merupakan E-Class saloon namun dengan hanya dua pintu dan reka bentuk bahagian belakang yang sedikit berlainan. Dengan penggunaan optik kristal, lampu LED belakang mempunyai cahaya seakan enjin jet.

Mercedes-Benz E-Class Coupe 03

Dengan ukuran panjang 4,826 mm, lebar 1,860 mm dan tinggi 1,430 mm, model dengan C238 ini lebih besar dari model sebelumnya. Jarak ‘track’ depan dan belakang yang lebih lebar juga memberi kelebihan dari segi pengendalian.

Mercedes-Benz E-Class Coupe 09

Pada peringkat awal pelancaran, E-Class Coupe akan ditawarkan dengan empat pilihan enjin – satu diesel, tiga petrol – dengan jumlah kuasa dari 184 hp hingga 333 hp. Versi 4Matic dan lain-lain dikatakan bakal menyusul.

Mercedes-Benz E-Class Coupe 06

E-Class Coupe juga didatangkan dengan kokpit pintar yang sarat dengan pelbagai ciri-ciri terkini seperti Active Brake Assist. Ciri tersebut mampu untuk memberi amaran kepada pemandu sebelum perlanggaran berlaku, memberi bantuan brek kecemasan dan jika perlu, membrek secara autonomous.

Mercedes-Benz E-Class Coupe 10

Sistem tersebut boleh mengesan kehadiran kenderaan lain serta pejalan kaki yang melintas di hadapan kereta.

Mercedes-Benz E-Class Coupe 04

Antara ciri lain yang disertakan termasuklah sistem Drive Pilot, yang merupakan sebahagian dari usaha Mercedes-Benz dalam memperkembangkan teknologi pemanduan autonomous. Sistem tersebut mampu mengikut kenderaan lain dari belakang dengan jarak yang betul secara automatik sehingga 210 km/j.

Mercedes-Benz E-Class Coupe 07

Dan bagi memudahkan urusan meletak kenderaan, teknologi Remote Parking Pilot membolehkan kereta masuk atau keluar dari garaj atau kawasan meletak kenderaan dari jarak jauh menerusi aplikasi telefon pintar.

 

 

 

 

Previous post

Jualan Infiniti Meningkat

Next post

McLaren Hasilkan 10,000 Kenderaan Dalam Masa 5 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *