Gaya Hidup

Lamborghini Menyambut Ulang Tahun ke-50 Miura

Automobili Lamborghini telah melengkapkan acara meraikan ulangtahun ke 50 Anniversary Miura dengan perjalanan kembali ke akar monikernya yaitu: “Kembali kepada Nama”. Miura SV dari Muzium di Sant’Agata Bolognese dan enam Lamborghini Huracáns berwarna-warni dan Aventadors mengembara lebih 600 km dari Madrid ke Lora del Rio, di Andalusia, pada 2 Disember.

destinasi mereka adalah ladang pembiakan lembu jantan yang terkenal yang dikendalikan oleh keluarga Miura, salah satu “ganaderías”  yang tertua dan paling terkenal di Sepanyol, yang diasaskan 175 tahun yang lalu.
miura2
Hari ini, ladang itu dikendalikan oleh Eduardo dan Antonio Miura, anak-anak Don Eduardo yang bertemu Ferruccio Lamborghini pada tahun 1966, tahun di mana dunia telah diperkenalkan kepada apa yang tidak lama lagi akan dianggap sebagai ikon dalam sejarah kereta sport.
miura3
Ia adalah satu kesimpulan yang sesuai untuk sambutan ulang tahun penting ini: acara yang dijadualkan sepanjang tahun termasuk Concours d’Elegance antarabangsa (seperti Pulau Amelia, Villa d’Este dan Goodwood) dan lawatan Itali diadakan pada bulan Jun dengan 20 Miuras datang dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian.
Previous post

Pandu Uji: Toyota Innova 2.0G

Next post

16,000 km Dengan Ekspidisi VW Amarok Polar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *