Cerita Auto

Juara Le Mans Ford GT dan GT40 Kini Dalam Bentuk LEGO

Lego adalah antara beberapa permainan yang boleh dinikmati tanpa mengira usia mahupun minat. Ia juga tidak asing di kalangan peminat kereta dengan barisan Speed Champions yang menampilkan pelbagai kereta lumba ikonik untuk dikumpul.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terbaru, syarikat permainan dari Denmark tersebut telah memperkenalkan dua lagenda Le Mans 24 Hours iaitu Ford GT40 dan GT yang memenangi perlumbaan mencabar itu pada tahun 1966 dan 2016.

Ford GT LEGO 04

Menurut Lego, set permainan tersebut merangkumi kedua-dua kereta, satu patung pelumba, bendera perlumbaan serta sebuah trofi.

Ford GT LEGO 02

Bagi menghasilkan model GT40 dan GT, Lego bekerjasama dengan bahagian rekaan dan perlesenan Ford bagi mendapatkan hasil yang terperinci. Salah seorang pereka, Callum menghasilkan 10 prototaip awal yang dibina menggunakan blok Lego yang sedia ada sebelum rekaan akhir dipilih.

Ford GT LEGO 03

Set Ford GT40 dan GT boleh mula dipesan di lego.com/shop bermula 1 Mac 2017 dengan harga £29.99 (RM166.22) setiap set.

Previous post

Honda Odyssey Generasi Kelima ke Detroit Auto Show

Next post

Mitsubishi Pajero Sport Terima Pengiktirafan 5 Bintang ASEAN NCAP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *