Cerita Auto

J50 Sambut Ulangtahun Ferrari di Jepun

Ferrari telah memperkenalkan model edisi terhad J50 yang dibangunkan khas bagi menyambut ulangtahun ke-50 Ferrari di Jepun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang anda boleh lihat, J50 adalah sebuah roadster dengan dua tempat duduk, serta enjin dan pacuan roda belakang. Stail bumbung ‘targa’ model tersebut merupakan inspirasi dari model-model pada zaman 1970- dan 80-an.

Dibangunkan dan direka oleh bahagian Projek Khas Ferrari serta pusat penggayaannya yang terletak di Maranello, pengeluaran J50 adalah terhad kepada 10 unit sahaja dan seperti biasa, setiap unit boleh disesuaikan mengikut cita rasa pembeli.

Ferrari J50 02

J50 dipacu oleh enjin 3.8 liter twin-turbo V8 yang sama dengan 488 GTB, namun dalam kes ini, kuasa telah dipertingkatkan dari 660 hp ke 680 hp.

Ferrari J50 05

Apa yang lebih penting bagi J50 adalah reka bentuk dinamik yang menggambarkan prestasi dan kelincahannya. Ia menampilkan cermin penghadang angin yang direndahkan, dua saluran udara gentian karbon pada bonet hadapan serta dua lagi saluran berdekatan dengan pintu.

Ferrari J50 03

Kedudukan radiator-radiator turut diubah semula menjadi lebih dekat, manakala diffuser belakangnya menampilkan bentuk extractor yang direka seperti pembakar lanjut (afterburner) enjin jet. Rim 20 inci menjadi pelengkap imej eksklusif J50.

Ferrari J50 04

Bahagian kabinnya pula menampilkan upholsteri kulit dan Alcantara serta sedikit kemasan berwarna merah pada bahagian kerusi dan papan pemuka.

 

Previous post

Tayar Ganti : Jauh di Mata Dekat Di Hati? ...... TIDAK!

Next post

Hujan Turun Dengan Lebat. Perlahankan Kenderaan Dan Memandu Secara Lancar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *