Motosikal

DNC Asiatic Holdings Dilantik Pengedar MV Agusta di Malaysia

DNC Asiatic Holdings, pengeluar motosikal Demak di Malaysia, telah menandatangani perjanjian untuk memasang dan mengedar motosikal MV Agusta. Kesemua lapan model sedia ada akan diedarkan melalui anak syarikat DNC iaitu Moto Varase Asiatic.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perjanjian itu dimeterai pada satu majlis di kilang DNC Asiatic Holdings yang terletak di Olak Lempit, Banting, Selangor, yang dihadiri oleh Judah Sangaran, Pengurus Negara Timur MV Agusta Motor SpA, Hu Ying, Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings serta Muhammad Zamry Abu Samah, Pengarah Urusan Moto Varase Asiatic.

Syarikat itu akan bermula dengan sebuah pusat 3S (sales, service dan spare parts) MV Agusta di Batu Caves yang dijangka akan beroperasi bermula pada suku pertama tahun hadapan. Ia akan diikuti oleh sebuah pusat di Pulau Pinang dan sebuah di Johor.

Selain itu, Moto Varase Asiatic juga akan mengadakan kempen penyelenggaraan istimewa yang akan dijalankan dalam masa enam bulan dari tarik operasi bagi memberikan pengelaman pemilikan yang lebih baik.

Previous post

Siang Malam Travel & Express Sdn Bhd Operator Pertama Scania Marcopolo

Next post

Go Auto Tandatangani Perjanjian Dengan Fukuta Untuk Bina Kenderaan Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *