Berita Auto

Caltex Power Diesel Euro 5 Kini di Malaysia

Chevron Malaysia Limited hari ini melancarkan produk ketiga mereka bagi tahun ini iaitu Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia merupakan diesel premium yang mengandungi aditif Techron D bagi mengawal tahap enapan, kebersihan penyuntik bahan api serta memberi lebih prestasi.

Berbanding dengan diesel gred Euro 2M yang mengandungi 500 ppm sulfur, formulasi khas Caltex Power Diesel mempunyai kurang dari 10 ppm sulfur.

????????

Bagi enjin diesel, kebersihan penyuntik bahan api adalah penting kerana ia terdedah kepada pembentukan enapan yang mampu menjejaskan corak semburan sekaligus mengganggu proses pencampuran minyak dan udara.

Caltex Power Diesel mampu mengatasi masalah tersebut dan kelebihannya disokong oleh pelbagai ujian dan penyelidikan makmal. Ia didapati mampu memberikan:

  • penyuntik bahan api bersih 100%
  • sifar ‘power loss’
  • perlindungan dari kakisan
  • sifar buih untuk pengisian yang lebih cepat

 

Previous post

Jaminan Lanjutan McLaren Kini Boleh Diregangkan Sehingga 12 Tahun

Next post

Benelli TnT135 Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *