Cerita Auto

Bolehkah Holden Commodore Baharu Ini Laku Di Malaysia?

Holden telah mendedahkan imej pertama Holden Commodore yang serba baharu menjelang pelancarannya di Australia pada awal 2018. Commodore generasi baharu ini bercirikan keselamatan canggih, teknologi memandu dan infotainment untuk Australia hari ini, di mana-mana. Generasi Holden Commodore seterusnya adalah pendemokrasian teknologi.

holden-commodore-2018-2

Kini dengan imej Commodore memecahkan selubungnya, Australia adalah yang pertama dapat melihatnya  dengan reka bentuk anggun dan canggih yang akan di jalan raya Australia pada 2018. Direka di Jerman oleh pasukan Opel dengan input daripada pasukan GM Holden, Commodore baharu mengambil yang terbaik Eropah dan menjadikannya hebat untuk Australia.

holden-commodore-2018-4
Akan dijual di Australia pada awal 2018, barisan Holden Commodore baharu akan diterajui oleh model perdana V6nya. Commodore yang pertama diimport  akan diberi papan nama yang ikonik menjadi ianya Holden yang paling berteknologi maju ssehingga kini. Dengan sistem canggih all-wheel-drive menyalurkan 230 kilowatt dan 370 Newton meter ke jalan raya, digabungkan dengan teknologi adaptive suspension,  transmisi automatik sembilan kelajuan yang pertama untuk syarikat dan tork-vektor all-wheel drive, Commodore generasi akan datang  akan terus mengukuhkan reputasi Holden yang pemanduannya dinamik  yang mendahului kelasnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Reka bentuk Holden Commodore yang akan datang adalah berdasarkan kereta Konsep ‘Monza’, yang dicipta oleh pasukan Opel Design di Jerman. Jeriji depan menonjol dan lampu depan slim-line secara langsung diilhamkan oleh Monza Concept meningkatkan datar luas bahagian hadapan dan menyediakan penampilan berani. Jeriji duduk lebih rendah daripada model lama dan mengukuhkan kekudanya

holden-commodore-2018-3

Persoalannya sekarang? Siapa berani bawa masuk kereta Holden kembali ke Malaysia?

 

 

Previous post

Naza Italia Lancar Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017

Next post

Pasukan Pintu ke Pintu Honda Dalam Operasi Galakan Tukar Inflator Airbag

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *