Motosikal

Benelli TnT135 Masuk Pasaran Malaysia

Benelli Malaysia hari ini memperkembangkan barisan produknya di negara ini dengan pelancaran model TnT135. Dipasang di Rawang, motosikal kompak itu mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

TnT135 dikuasakan oleh enjin 134.7 cc bersilinder tunggal yang menghasilkan 13 hp pada 9,000 rpm yang digabungkan dengan transmisi lima kelajuan. Motosikal tersebut juga patuh peraturan emisi Euro 4.

Benelli TnT135 Launch 08

Ia mempunyai kerangka tiub keluli yang dipadankan dengan sepit udang terbalik 41 mm di hadapan dan penyerap hentak tunggal dengan pengubah preload di bahagian belakang.

Benelli TnT135 Launch 05

Kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera 220 mm dengan angkup omboh berkembar di hadapan dan cakera 190 mm dengan cangkup omboh tunggal di belakang.

Benelli TnT135 Launch 10

Selain itu, TnT135 juga didatangkan dengan lampu hadapan LED untuk penglihatan yang lebih baik serta reka bentuk ekzos sporty.

Benelli TnT135 Launch 12

Dengan kuasa dan ketangkasan, kami yakin motosikal baharu ini akan menarik minat penunggang yang mahukan prestasi serta gaya,” kata Low Kin Yong, Pengurus Besar Benelli Malaysia.

Benelli TnT135 Launch 06

Benelli TnT135 baharu boleh didapati dalam warna merah atau putih, dengan harga runcit RM7,990. 200 pelanggan pertama yang membeli model ini akan mendapat helmet Givi M60.0 Skid Off Road bernilai RM371 secara percuma.

Benelli TnT135 Launch 04

Benelli TnT135 Launch 11

Benelli TnT135 Launch 01

 

Previous post

Caltex Power Diesel Euro 5 Kini di Malaysia

Next post

Saksikan Program Keselamatan Jalan Raya Allianz Malaysia di Chiki Boom! TV2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *