Gaya Hidup

Tian Siang Premium Auto di Batu Kawan Pulau Pinang

Tian Siang Premium Auto, yang merupakan wakil berdaftar bagi jenama BMW di Butterworth dan Prai adalah Rakan Automotif Premium Rasmi bagi Majlis Pembukaan Design Village Mall yang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengedar automotif premium ini akan membawa Tetamu Kehormat dan VIP ke pusat membeli-belah tersebut dalam kenderaan BMW 7 Series, BMW X4, BMW 2 Series Gran Tourer dan BMW 1 Series pada hari pembukaannya.

Sempena pembukaan pusat membeli-belah baru di Batu Kawan itu, Tian Siang Premium Auto juga akan mengadakan pertunjukan jalanan khas dengan pandu uji eksklusif di pusat membeli-belah tersebut dari Jumaat, 25 November hingga Ahad, 27 November.

Acara ini menawarkan program pemilikan istimewa bagi BMW 320i, BMW 330e dan BMW X1 sDrive 20i serta iPhone 7 128G baru dan barangan BMW Lifestyle bernilai RM1000 sebagai hadiah bagi  pembelian kenderaan sepanjang hujung minggu ini.

Butiran  mengenai acara yang diadakan oleh Tian Siang Premium Auto di Design Village Mall adalah seperti dibawah:

Tarikh: Jumaat, 25 November hingga Ahad, 27 November 2016

Tempat: Design Village Mall, Batu Kawan

No. 1, Jalan Cassia Barat 2,

14110 Bandar Cassia

Pulau Pinang

Masa: 10:00 pagi hingga 6:00 petang

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Tian Siang Premium Auto di Design Village Mall di Batu Kawan, sila hubungi Teh Rong Jun di 04-3982600 atau layari www.tiansiang.com/auto/BMW.

Tian Siang Premium Auto terletak di Lot 6235, Jalan Baru 13700 Perai, Pulau Pinang.

Tian Siang Premium Auto at Design Mall Batu Kawan

Previous post

Jeep Compass Untuk 2017 Akan Datang

Next post

Volkswagen Group Masih Hidup & Berkembang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *