Cerita Auto

Porsche Panamera Executive – Kini Lebih Mesra VIP

Porsche sedang rancak memperkembangkan barisan model Panamera: di Los Angeles Auto Show, syarikat itu akan melancarkan versi terbaru dengan enjin V6 turbo dengan 330 hp dan juga versi Executive untuk mereka yang inginkan kelainan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Enjin V6 turbo tersebut merupakan pilihan enjin entry-level yang cekap dan lincah. Kuasa meningkat sebanyak 20 hp berbanding enjin yang digunakan dalam Panamera generasi sebelum ini. Pada masa yang sama, penggunaan bahan api dikurangkan sebanyak 1.0 l/100 km. Enjn baru itu dipadankan dengan sistem pacuan roda belakang dalam varian Panamera dan pacuan semua roda dalam Panamera 4 dan 4 Executive.

P16_0968_a4_rgb

Model Executive pula direka sebagai kereta salon untuk mereka yang mahukan pengalaman kabin terbaik dengan jarak roda yang dipanjangkan sebanyak 150 mm. Ia boleh didapati dalam versi pacuan semua roda iaitu Panamera 4 Executive (330 hp), 4 E-Hybrid Executive (462 hp), 4S Executive (440 hp) dan Turbo Executive (550 hp).

?????????????????????????????

Ciri-ciri standard dalam model-model Executive disokong oleh pelbagai kelengkapan seperti bumbung panoramik, fungsi pemanasan dan pengubahsuaian elektrik pada tempat duduk depan dan belakang, serta suspensi udara adaptif dengan Porsche Active Suspension Management (PASM). Tabir di belakang tempat letak kepala juga disertakan.

?????????????????????

Tambahan pula, kedua-dua varian 4S Executive dan Turbo Executive mendapat kawalan gandar belakang (rear-axle steering) dan pintu ‘soft-close’. Sebagai varian paling berkuasa, Turbo Executive juga mendapat ciri-ciri standard seperti kawalan suhu empat zon, lampu depan LED dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS) dan lampu ambien.

P16_0971_a5_rgb

Sebagai pilihan, semua model Executive boleh dipesan dengan konsol tengah besar yang boleh dilengkapi dengan dua meja lipat terbina dan sambungan antena induktif untuk penggunaan telefon pintar, bergantung kepada pasaran. Sama seperti model sedia, bahagian luaran model Executive boleh disesuaikan dengan pakej Sport.

P16_0980_a5_rgb

Satu lagi pilihan untuk model Executive, terutamanya yang digunakan sebagai kenderaan VIP di China dan USA, adalah sistem Porsche Rear Seat Entertainment generasi terkini. Paparan bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada belakang tempat duduk depan boleh ditanggalkan dan menjadi tempat kerja digital jika diperlukan. Ia juga boleh digunakan di luar kenderaan.

????????????????????????

Panamera generasi kedua dilancarkan pada musim panas tahun ini dan model-model pacuan semua roda seperti Panamera 4S, 4S Diesel, 4 E-Hybrid dan Turbo telah pun berada di pasaran. Dengan pengenalan versi 330 hp dan model Executive, rangkaian Panamera kini menempatkan 10 model berbeza dengan kuasa dari 330 hp hingga 550 hp.

 

Previous post

Cub Prix Grand Finale: Fazli Tak Sabar Beraksi di Taiping

Next post

Chevrolet Cruze - Cerita Tentang Masa Lalu, Hari Ini dan Masa Depan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *