Berita Auto

Kilang Pengeluaran Enjin Daihatsu-Perodua Dilancarkan

Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (DPEM) telah dibuka secara rasmi hari ini. Kilang pengeluaran enjin tersebut adalah satu projek usahasama antara Daihatsu Motor Co. Ltd. dan Perodua dengan nilai pelaburan berjumlah RM500 juta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia juga merupakan pelaburan kedua Daihatsu di Sendayan selepas kilang pengeluaran transmisi Akashi Kikai Industry (M) yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2015.

DPEM dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan pada satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Pengerusi DPEM YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Naib Presiden Eksekutif Daihatsu Motor Corp Hiroyuki Yokoyama dan Pengarah Urusan DPEM Miyaki Koji.

????????

Menurut Asmat, DPEM dan Akashi Kikai telah berjaya mendapatkan dua kontrak OEM untuk produk mereka dan kini sedang dalam usaha untuk menjadi pembekal komponen enjin kepada lebih banyak pengeluar.

Akashi Kikai membekalkan transmisi automatik elektronik (E-AT) dan juga kotak gear manual untuk Axia dan Bezza, manakala DPEM yang mula beroperasi pada Mei tahun ini menjadi pembekal komponen enjin untuk Bezza.

????????

Kilang pengeluaran enjin mempunyai tanah berkeluasan 35 ekar, dengan kawasan kilang seluas 5 ekar. Ia menempatkan 202 pekerja dan kemudahan seperti bilik sembahyang, kantin, bilik persalinan serta hostel untuk pekerja yang memerlukannya.

Previous post

SUV Mazda CX-9 Disahkan Untuk Malaysia Tahun Depan

Next post

Leona Chin Menang Tempat Kedua di Renault Clio Cup China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *