Gaya Hidup

Caltex Raikan Ahli Journey Card Yang Ke Sejuta

Caltex telah meraikan ahli kad Journey-nya yang kesejuta sejak program kesetiaan itu dilancarkan pada tahun 2014. Ranimah Jaafar dari Seremban membawa pulang pakej penginapan dua malam di Berjaya Times Square Hotel, StarCash bernilai RM1,000 serta 50,000 mata BPoints.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Program kesetiaan kami memastikan kami mendekati pelanggan-pelanggan setia kami dan biarkan mereka tahu bahawa mereka dihargai,” kata Pengerusi Negara, Chevron Malaysia.

Ranimah merupakan pelanggan setia Caltex selama tujuh tahun yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Beliau berkata,”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Caltex atas ganjaran ini. Saya dan ahli keluarga sangat teruja dengan penginapan dua malam di Berjaya Times Square Hotel.”

Dilancarkan oleh Chevron Malaysia Limited dengan kerjasama BLoyalty Sdn Bhd pada 2014, program Caltex Journey Card bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dengan menambah nilai pada setiap pembelian petrol di stesen Caltex dan di mana-mana cawangan B Infinite (dahulunya BCard).

Di bawah kerjasama ini, ahli-ahli juga boleh mendapatkan dan menebus BPoint di 80 peniaga B Infinite di 4,000 cawangan seluruh negara, selain dari pembelian yang dibuat di stesen Caltex.

Untuk maklumat lanjut, layari https://binfinite.com.my dan www.caltex.com.my.

 

Previous post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Proton Ertiga

Next post

Mercedes-AMG C 63 S Coupé Baharu Sekarang Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *