Berita Auto

Mod Drift Ford Focus RS Undang Kontroversi di Australia

Nampaknya pakar-pakar keselamatan jalan raya Australia tidak begitu berkenan dengan Ford Focus RS yang baru memasuki pasaran negara itu kerana mod Drift nya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut laporan, mod tersebut dikhuatiri akan menggalakkan pemandu untuk ‘drift’ di jalan-jalan awam. Ini kerana dengan hanya menekan butang, pemilik Focus RS boleh melakukan aksi tersebut seperti seorang pemandu profesional asalkan pendikit ditekan habis dan stereng dipulas.

Pihak Ford pula membalas dengan kenyataan: “Mod Drift disasarkan untuk kegunaan litar sahaja – satu penafian (disclaimer) akan dipaparkan apabila menukar mod. Kami percaya mod Drift dan Track sesuai untuk litar-litar lumba, dan pelanggan Focus RS akan faham keperluan untuk menggunakan mod-mod tersebut dalam keadaan selamat dan terkawal seperti sesi ‘track day’.”

ford-focus-RS3

Namun begitu, kenyataan itu disangkal oleh Harold Scruby, ketua Majlis Pejalan Kaki Australia (WALK) yang mengatakan bahawa satu disclaimer tidak akan menghalang orang ramai dari menggunakan mod itu.

Sebelum ini, Ford terpaksa melumpuhkan mod Line Lock demi mematuhi undang-undang ‘anti-hooning’ Australia yang ketat.

Previous post

Pada Hari Hujan Jalan Basah Anda Tiba-Tiba Aquaplan (mula tergelincir merata tempat). Apa Yang Anda Akan Buat?

Next post

Mercedes vs BMW vs Audi Dan Keputusannya Adalah?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *