Berita Auto

Porsche Rancang Strategi Hadapi 24 Hours of Le Mans

Hujung minggu ini, Porsche akan menghantar kereta lumba 919 Hybrid miliknya ke 24 Hours of Le Mans untuk kali ketiga berturut-turut. Mewakili pasukan itu adalah Timo Bernhard, Brendon Hartley dan Mark Webber untuk pasukan 1, dan Romain Dumas, Neel Jani dan Marc Lieb untuk pasukan 2.

Porsche Team: Mark Webber, Timo Bernhard, Brendon Hartley (l-r)

Untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas, pengatur strategi Porsche perlu mengambil kira banyak faktor yang memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan mereka di akhir perlumbaan termasuklah kereta lumba yang akan digunakan oleh kedua-dua pasukan itu nanti,

Selain itu, pasukan itu juga perlu mengira jarak antara setiap hentian mengisi minyak untuk memastikan perlumbaan yang lancar hingga ke lap terakhir. Beraksi di Le Mans sepanjang 13.629 km itu, Porsche 919 Hybrid mampu melengkapkan 14 pusingan dengan tangki penuh sebesar 62.5 liter.

Porsche 919 Hybrid, Porsche Team: Romain Dumas, Neel Jani, Marc Lieb

Penukaran tayar juga penting. Dengan bantuan jurutera Michelin, Porsche perlu mencatur strategi untuk menukar tayar tanpa membuang banyak masa ketika hentian pit. Ketua pasukan Andreas Seidl berkata satu set tayar mampu bertahan untuk 54 pusingan.

Setiap pelumba Le Mans perlu memandu untuk enam jam sekurang-kurangnya. Biasanya ini tidak menjadi masalah tetapi faktor seperti keletihan perlu diambil kira. Justeru itu, ketua pasukan, jurutera lumba serta pemandu sendiri akan berbincang untuk mengatur kedudukan pemandu sepanjang perlumbaan.

Porsche 919 Hybrid, Porsche Team: Timo Bernhard, Brendon Hartley, Mark Webber

Melalui simulasi komputer, pasukan itu dapat menjangka senario yang mungkin berlaku ketika perlumbaan seperti perlanggaran. Ia juga boleh meramal kesan kepada strategi perlumbaan jika kereta membuat hentian pit untuk kerja pembaikan. Jika berlaku perlanggaran, tekanan tayar dan data aerodinamik akan diperiksa segera, dengan bantuan maklum balas dari pemandu melalui radio.

Akhir sekali, krew pit juga memainkan peranan penting dalam perlumbaan. Selain bekerja dengan tangkas, mereka juga perlu berlatih supaya tidak melanggar mana-mana peraturan hentian pit yang ditetapkan.

Porsche 919 Hybrid, Porsche Team: Romain Dumas, Neel Jani, Marc Lieb

Previous post

Nikmati Pelbagai Tawaran Hebat Ramadhan Dari Naza

Next post

PROTON Perkenal PERDANA Semua Baharu Dari RM113,888.00

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *