Cerita Auto

Toyota Buka Pusat Jualan Terbaharu di Seri Kembangan

UMW Toyota Motor telah mengumumkan pembukaan rasmi pusat jualan terbaharu jenama itu di Seri Kembangan, Selangor. Acara pembukaan pusat 1S (sales) itu dirasmikan oleh Pengerusi UMWT Tan Sri Asmat Kamaludin, Naib Pengerusi Akio Takayama dan Presiden Datuk Ismet Suki.

Pusat itu berada di alamat N0. 53 & 54, Jalan BS 1/11, Pusat Perdagangan Olive Hill, Taman Bukit Serdang, Seksyen 1, Seri Kembangan, kira-kira lima kilometer dari pusat jualan asal yang wujud sejak 1995. Lokasi baru ini dikatakan lebih selesa dan mudah diakses berbanding sebelumnya. Selain Seri Kembangan, pusat jualan itu juga menerima pelanggan daripada selatan Selangor dan Kuala Lumpur.

Cawangan ini mempunyai sebuah bilik pameran dan ruang penghantaran yang luas di mana pelanggan boleh mengambil kenderaan Toyota baharu mereka. Ia dikendalikan oleh hampir 15 kakitangan termasuk seorang pengurus cawangan.

UMW Toyota Motor kini mempunyai 97 cawangan jualan dan selepas jualan, termasuk pengedar sah, di seluruh negara.

Previous post

ETCM Tawara Program Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Nissan Yang Terjejas Oleh Banjir KL Baru-Baru Ini

Next post

Muzium Ferrari Buka Pintunya Kepada Google Street View

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *