Berita Auto

Perodua Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kuala Lumpur

Perodua menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di sini semalam.

Perodua akan menyediakan bantuan dalam bentuk perkhidmatan menunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan bebas untuk menentukan jumlah kerosakan kenderaan. Pelanggan Perodua yang kenderaan mereka mengalami kerosakan berkaitan banjir baru-baru ini adalah digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800- 88-6600 untuk bantuan.

 

Perodua factory2

Mengenai bantuan yang diberikan, pelanggan Perodua  boleh menuntut perkhidmatan tunda sehingga maksimum RM100 (seratus ringgit sahaja) daripada cawangan perkhidmatan Perodua terdekat (terma dan syarat).

Di samping itu, Perodua turut menawarkan tunggakkan 20% daripada bahagian-bahagian terpilih untuk pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir. Bahagian-bahagian termasuk semua barangan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan baik pulih enjin gasket.

 

Previous post

6506 Permohonan Untuk Memiliki Ford GT Semua Baru Setiap Bulan

Next post

Honda HR-V Kini Dengan Pilihan Warna Dark Ruby Red Pearl

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *