Gaya Hidup

Dato’ Sri Syed Faisal Albar Dilantik Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif PROTON

PROTON Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Syed Faisal Albar bin Syed Ali Rethza Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu Syarikat berkuatkuasa 5 Mei 2016, berikutan peletakan jawatan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mac 2016. Dato’ Sri Syed Faisal turut akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Group Lotus plc.

Dato‟ Sri Syed Faisal merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang korporat dari pelbagai industri. Beliau memulakan kerjaya di PricewaterhouseCoopers dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dari 2003 hingga 2008.

Antara jawatan-jawatan penting lain yang disandang Dato’ Sri Syed Faisal sebelum ini termasuk, Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Berhad (“KLB”), Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Berhad.

Pengalaman Dato‟ Seri Syed Faisal serta rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan hasil dan keuntungan merupakan satu kelebihan untuk PROTON yang kini dalam proses memulihkan perniagaannya.

Dato' Sri Syed Faisal Albar

Previous post

Ini Dia Chevy Trax - Akan Datang Tidak Lama Lagi

Next post

Keselamatan Anda Adalah Keutamaan Kami !

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *