Gaya Hidup

Bosch Lancar Kempen ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’ di Malaysia

Pasaran Selepas Jualan Automotif (Automotive Aftermarket) Bosch Malaysia melancarkan bengkel #GetItRight, salah satu daripada kempen utama ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’. Kempen tersebut menggalakkan para pemandu menitikberatkan cara pemanduan kenderaan disamping kepentingan mengunakan alat-alat ganti kenderaan kerana ia mampu membawa perubahan.

Bosch (04) - Bosch launches 'One Wrong Part Ruins Everything' campaign in Malaysia

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2015, statistik kemalangan trafik menunjukkan nisbah kadar kematian ke bilangan penduduk di Malaysia kini berada pada tahap membimbangkan iaitu 24.0 ke 100,000 – melebihi lima kali ganda berbanding negara jiran, Singapura.

“Kebanyakan pengguna jalan raya seringkali tidak menyedari bahawa bahagian terkecil dalam kenderaan mampu menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang. Bosch Malaysia memperkenalkan kempen ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’ dengan harapan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya melalui kesedaran kepentingan melengkapkan kenderaan dengan alat-alat ganti kenderaan yang berkualiti dan dipercayai. Sebagai pembekal alat-alat ganti terkemuka dunia, Bosch menggunakan teknologi kejuruteraan inovatif Jerman agar kenderaan di Asia dapat bergerak dengan lebih selamat,” kata Pang Yoon Kong, Pengurus Automotive Aftermarket Bosch Malaysia, di majlis pelancaran bengkel #GetItRight. Turut hadir di bengkel tersebut ialah selebriti terkenal Malaysia, Awal Ashaari.

Bosch (02) - Bosch launches 'One Wrong Part Ruins Everything' campaign in Malaysia

“Pemanduan secara selamat dan bertanggungjawab memerlukan kombinasi pengetahuan, kemahiran dan sikap bertolak ansur. Selain mengamalkan pemanduan selamat, adalah menjadi tanggungjawab seseorang pemandu untuk memastikan kenderaanyaa tidak membahayakan pemandu dan penumpang lain. Disebabkan saya kerap memandu bersama ahli keluarga, saya sentiasa memastikan kenderaan saya dalam kondisi baik dan menguna alat-alat ganti dipercayai,” kata Awal.

Awal kemudiannya berkongsi beberapa tips pemeriksaan kereta mudah dimana ia boleh dilakukan sendiri. “Perkara pertama yang saya periksa adalah keadaan pengelap cermin kereta. Dengan Bosch Advantage Wiper, saya boleh menukar pengelap cermin dengan cepat dan tidak perlu membawa kereta saya ke bengkel.”

Bengkel berkenaan menampilkan satu sesi pemeriksaan kereta DIY (do-it-yourself) #StartWithBosch di mana para peserta mempelajari rutin asas pemeriksaan kenderaan, termasuk pemeriksaan tahap minyak enjin, cecair brek, kitaran hidup bateri dan keadaan pengelap cermin kereta.

Bosch (03) - Bosch launches 'One Wrong Part Ruins Everything' campaign in Malaysia

Memastikan kenderaan dalam keadaan selamat menjelang  musim “Balik Kampung”

Menurut Yayasan Keselamatan Trafik AAA di Amerika Syarikat, 90 peratus daripada keputusan yang dibuat semasa memandu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui penglihatan. Keberkesanan pengelap cermin untuk mendapatkan pemandangan jalan raya yang jelas dalam keadaan hujan menjadi perkara utama untuk keselamatan pemandu. Walau bagaimanapun, di kalangan bahagian kenderaan yang tertakluk pada haus dan lusuh, pengelap cermin merupakan bahagian yang kerap kali diabaikan.

Di Malaysia, kekerapan kemalangan jalan raya tinggi amat membimbangkan terutama sekali pada musim “Balik Kampung”. Bosch Malaysia memperkenalkan Bosch Advantage Wiper baru sempena musim “Balik Kampung” perayaan Aidilfitri, untuk meningkatkan keselamatan pengguna kenderaan dengan memperkenalkan prestasi mengelap tiada tandingan dan kualiti jarak penglihatan dipertingkatkan.

“Penjejasan terhadap penglihatan pemandu di jalan raya boleh membawa kepada keadaan ekstrem dan pemandu tidak patut memiliki cermin depan yang bercoret. Dengan pengenalan Bosch Advantage Wiper baru, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk #GetItRight dan #StartWithBosch dengan memeriksa keadaan pengelap cermin kenderaan dan menggantikannya sebelum “Balik Kampung”, tambah Pang.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam merekabentuk dan pembuatan sistem pengelap berkualiti sejak 1927, Bosch memperkenalkan Bosch Advantage Wiper baru yang menampilkan “getah tropika” eksklusif tahan rekah dan kerosakan daripada pendedahan ozon dan cahaya matahari dalam jangka panjang. Direkabentuk khas untuk Asia, walaupun di bawah keadaan cuaca tidak menentu di Malaysia, Bosch Advantage Wiper baru mampu memberi ketahanan mengelap luar biasa, pelaksanaan yang baik hampir seperti ia mula-mula dipasang, walaupun selepas 200,000 kitaran mengelap.

Dilengkapi dengan pembinaan keluli secara keseluruhan, Bosch Advantage Wiper baru menyediakan rintangan kakisan unggul dan perlindungan terhadap semua cuaca. Menonjolkan ciri tanpa gangguan, Bosch Advantage Wiper baru termasuk plag penyesuai “Fast-fit” amat serasi bagi memenuhi lebih 95% kenderaan di Asia.

Bosch (05) - Bosch launches 'One Wrong Part Ruins Everything' campaign in Malaysia

Bosch Advantage Wiper baru kini boleh didapati pada harga RM35 sepasang di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Until maklumat lanjut, sila layari https://startwithbosch.com/my/

 

Previous post

Ford Ranger Mempersembahkan: Built Ford Tough. Kekal Tenang Di Bawah Tekanan. 

Next post

TCR Asia Series 2016: Sritrai Dan Bruins Kutip Mata Berharga Di Korea

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *