Gaya Hidup

Pusat 3S Volkswagen Semenyih Dilancarkan!

Volkswagen Malaysia dan HICOM Auto Sdn Bhd berbesar hati mengumumkan pelancaran penambahan terbaru dalam rangkaian pengedaran Volkswagen – Pusat 3S Volkswagen Semenyih. Cawangan itu juga menjadi jenama kenderaan Eropah yang pertama beroperasi di kawasan Semenyih.

Memiliki keluasan keseluruhan 34,030 kaki persegi, bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Semenyih mampu mempamerkan 8 buah kenderaan, dan mempunyai sebuah lounge untuk pelanggan, manakala pusat servis pula menyediakan 11 ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh 12 orang kakitangan selepas jualan yang berpengalaman dan terlatih.

Photo 1 (4)

Dibina dengan pelaburan asal berjumlah RM10.7 juta oleh HICOM Auto Sdn. Bhd., ia melibatkan pembangunan keseluruhan, pembelian peralatan yang mendapat kelulusan Volkswagen, aspek selepas jualan, latihan dan menggaji kakitangan. Pusat 3S ini dilihat berupaya memenuhi keperluan pelanggan di kawasan utara Lembah Klang, selain dari Semenyih, Kajang, Balakong, Putrajaya serta Nilai.

Sebagai satu bonus tambahan, pelanggan yang membeli sebuah Volkswagen daripada Volkswagen Semenyih akan menerima sekeping DRB-HICOM Elite Card. Ia merupakan kad kesetiaan multi jenama yang bertujuan menyediakan bantuan dan manfaat eksklusif kepada semua ahlinya menerusi penebusan produk dan perkhidmatan serta diskaun.

Photo 2  (1)

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Ini ialah bilik pameran keempat yang dilancarkan dalam suku pertama tahun 2016. Ia menjadi bukti bahawa kami ingin mengukuhkan tawaran produk kepada para pelanggan kami. Pembukaan pusat 3S ini adalah sebahagian daripada langkah untuk menjadikan pelanggan sebagai keutamaan kami. Volkswagen Malaysia akan terus bekerjama rapat dengan rakan-rakan pengedar demi memastikan penambahbaikan yang konsisten, bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang memuaskan. Tahniah kepada HICOM Auto di atas pelancaran pada pagi ini. Terima kasih juga atas komitmen anda terhadap jenama ini.”

Ketua Pegawai Operasi Automotive Distribution and Defence, DRB-HICOM Berhad, Dato’ Abdul Harith Abdullah berkata, “Kami yakin dengan kolaborasi di antara Volkswagen dan DRB-HICOM yang menyaksikan dua jenama utama ini bekerjasama untuk terus membuka jalan demi mendapatkan faedah bersama dalam jangka masa panjang. Menerusi pelaburan ini, kami komited untuk menyedia dan meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya kepada pelanggan. ”

Photo 3  (1)

Pusat 3S Volkswagen Semenyih dibuka dari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8:30am hingga 7:00pm. Sementara pada hujung minggu dan cuti umum, bilik pamerannya dibuka dari pukul 10:00am hingga 5:00pm. Perkhidmatan selepas jualan pula beroperasi dari Isnin hingga Sabru bermula jam 8.30am hingga 5:30pm. Pusat 3S ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti komputer untuk kegunaan pelanggan dan sebuah bar kafe. Perkhidmatan mengambil dan menghantar kenderaan boleh diuruskan untuk pelanggan yang membuat temu janji lebih awal.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Photo 4  (1)

 

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Lapur Jualan Mac 2016 Naik 68%

Next post

High Tea @ The Colonial @ The Majestic Kuala Lumpur #JejakMakanRoss 026

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *