Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Lapur Jualan Mac 2016 Naik 68%

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia melaporkan pertumbuhan jualan bagi bulan Mac 2016, yang meningkat 68% daripada bulan sebelumnya kepada 1,173 unit. Pada bulan Februari, jualan syarikat adalah 696 unit.

Prestasi kukuh adalah disebabkan oleh momentum syarikat keseluruhan, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan jualan  Pikap Triton semua-baru yang naik 67% kepada 716 unit berbanding bulan Februari sebanyak 429 unit. Triton serba baru mencatatkan jualan kedua tertinggi dalam segmen Pikap bagi bulan Mac.

All-New Triton Pick-Up Truck

Kenderaan MMM yang pertama dipasang di Malaysia, Mitsubishi ASX SUV kompak juga menyumbang kepada jualan bulanan pada bulan Mac dengan peningkatan 22% daripada 170 unit pada Februari berbanding 207 unit pada bulan Mac. Mitsubishi Outlander SUV serba baharu menerima lebih 300 tempahan lebih awal daripada sasaran jualan MMM daripada 100 unit setiap bulan sejak dipratonton sebulan lalu. SUV 7 tempat duduk ini secara rasminya dilancarkan awal bulan ini kini boleh didapati di bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara.

Enhanced Mitsubishi ASX Compact SUV

 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Mitsubishi Motors Careline Pelanggan di 1800 18 6611 (9 pg – 5 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum).

 

Previous post

Ford Go Further Roadshow Di 1 Utama

Next post

Pusat 3S Volkswagen Semenyih Dilancarkan!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *