Gaya Hidup

Kenaikan Harga Kenderaan Nissan Diumumkan Oleh Tan Chong Motor

Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal Nissan di Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga untuk model terpilih sebanyak 2.8% kepada 6.7%, berkuat kuasa 1 April 2016. Keputusan untuk pelarasan harga ini adalah terutamanya disebabkan oleh kelemahan Ringgit Malaysia, yang telah memberi kesan teruk kepada kos operasi keseluruhan Syarikat.

Nissan price increase 2

Harga bagi Serena S-Hybrid, X-Trail, NP300 Navara dan NV200 kekal tidak berubah.

Kenaikan harga hanya untuk empat (4) model CKD yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Harga baru bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Apr 2016:

Pendaftaran Individu Persendirian
Model Varian Harga Lama OTR  tanpa Insuran Harga Baru OTR tanpa Insuran Perbezaan
(RM) (RM) (RM) (%)
Almera 1.5E MT 64,765.12 68,500.00 3,734.88 5.8%
1.5E AT 67,678.36 72,200.00 4,521.64 6.7%
1.5VL AT 77,389.12 82,000.00 4,610.88 6.0%
Grand Livina 1.6L MT 83,974.92 87,100.00 3,125.08 3.7%
1.6L AT 87,024.40 91,100.00 4,075.60 4.7%
1.8L AT 96,574.42 102,800.00 6,225.58 6.4%
X-Gear 1.6L AT 87,026.13 91,100.00 4,073.87 4.7%
Teana 200XE 133,284.55 137,000.00 3,715.45 2.8%
200XL 143,318.84 147,500.00 4,181.16 2.9%
250XV 162,699.65 167,500.00 4,800.35 3.0%

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di 1800-88-3838.

 

Previous post

Toyota Hilux Semua Baharu Kini Dibuka Untuk Pra-Pesanan

Next post

Perodua Kini Lebih Bernilai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *