Berita Auto

Subaru Forester Kini Dipasang Di Malaysia. Harga Akan Umum Di Pelancaran Pasaran Nanti

Subaru telah mengumumkan bahawa pengeluaran model Forester CKD (Completely Knocked Down) telah bermula di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn.Bhd. (TCMA)  di Serendah, Selangor. Untuk meraikan permulaan pengeluaran, satu majlis “Line-Off’ telah diadakan di kilang CMA itu, yang dihadiri oleh Pengarah Eksekutif TCS Reza Mutalib, Timbalan Presiden FHI Jun Kondo, dan tetamu lain.

Forester adalah model kedua Subaru yang  dipasang di kilang ini selepas crossover Subaru XV yang dihasilkan di sana sejak Disember 2012. TCS merancang memasang kira-kira 10,000 unit Forester setiap tahun.

Forester yang dipasang tempatan akan mula dijual pada musim bunga ini di Malaysia, Thailand dan Indonesia menerusi  peniaga rangkaian Subaru dikendalikan oleh Tan Chong International.

 

Previous post

PROTON Menghantar Kumpulan Pertama Kereta-kereta Ke Chile

Next post

BMW M2 Coupé Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *