Gaya Hidup

Infiniti dan Nest® Lancar “Infiniti Accelerator 2.0”

Infiniti dan Nest®, sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong, hari ini mengumumkan bahawa permohonan penyertaan “Infiniti Accelerator” generasi kedua, iaitu program pembangunan perniagaan 12 minggu, kini dibuka kepada seluruh dunia. Edisi kedua “Infiniti Accelerator” ini dibina di atas kejayaan program pertama yang seumpama pada akhir tahun 2015. “Infiniti Accelerator” 2.0 akan meneruskan temanya terdahulu, iaitu bandar pintar, tetapi lebih tertumpu kepada kesenimbangan teknologi sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk masa depan.

Infiniti Accelerator adalah sebahagian daripada komitmen Infiniti untuk menggalakkan mereka yang berinovasi, bersemangat keusahawanan dan menyokong pembangunan bandar. Melalui proses permohonan, lapan usahawan akan dipilih untuk menerima bimbingan daripada Infiniti dan Nest®, termasuk bimbingan pakar-pakar dalam bidang kesalinghubungan kenderaan, bandar pintar, perkakasan, perkilangan, pengangkutan, teknologi dan keusahawanan. Mereka akan diberi akses ke sumber-sumber dari Infiniti dan Nest®. Pada akhir program 12 minggu ini, mereka diberi peluang untuk membentangkan perniagaan mereka di Hari Demo Pelabur yang eksklusif untuk mencari dana dan perkongsian.

Menerusi projek rintis di Hong Kong serta inisiatif seumpama di Timur Tengah, Infiniti juga merancang untuk memperluaskan program Accelerator dan inisiatif keusahawanan yang lain ke bandar-bandar dan kawasan-kawasan yang lain.

“Infiniti Accelerator adalah salah satu bahagian yang penting kepada inisiatif Infiniti untuk mendorong semangat keusahawanan dalam masyarakat,” kata Roland Krueger, Presiden Infiniti Motor Company. Dengan kejayaan awal program yang pertama di Hong Kong pada tahun lepas, kami merancang untuk memperluaskan inisiatif ini ke bandar-bandar lain di seluruh dunia pada akhir tahun ini, termasuk Beijing, Shanghai, Singapura, Kuala Lumpur dan Dubai. Kami berharap boleh memperolehi lebih banyak idea maju yang akan meningkatkan lagi kualiti hidup manusia dan memberi dorongan kepada pemandu melalui teknologi kesalinghubungan kenderaan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Nest® Simon Squibb mengulas: “Kami amat berbangga dengan lapan usahawan yang menjalani program ‘Accelerator’ kami yang pertama di Hong Kong. Melalui kurikulum yang terbaik dalam kelasnya, akses terus kepada mentor berinspirasi dan pengenalan kepada pelabur, syarikat-syarikat ini dapat memanfaatkan peluang yang disediakan kepada mereka dalam program ini. Kejayaan golongan pertama ini adalah satu pengesahan bahawa “Accelerator” telah menambah nilai besar kepada para usahawan dan syarikatnya secara berterusan dan kami teruja untuk bekerjasama dengan Infiniti untuk menawarkan program-program ini di kawasan-kawasan baru di seluruh dunia.”

Negara-negara di seluruh dunia kian mengalami proses permodenan. Fenomena dunia sebegini mengubah landskap cara hidup manusia, pembangunan bandar dan alam sekitar. Automobil memainkan peranan penting dalam bandar pintar masa depan. Teknologi kesalinghubungan akan membolehkan kenderaan berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan infrastruktur bandar, serta meningkatkan pengalaman pemanduan dengan ketara. Infiniti, sebagai salah satu jenama terkemukan di dunia, berkomited untuk menerajui pembangunan dalam bidang ini.

Program “Infiniti Accelerator” pertama yang bermula pada September 2015, telah menarik lebih daripada 140 permohonan dan berjaya ditamatkan dalam bulan Disember tahun lepas. Lapan syarikat telah diberi latihan, sokongan dan bimbingan dalam program ini dan justeru mendorong mereka untuk mempercepatkan pembangunan perniagaan mereka. Pada akhir tempoh 12 minggu itu, lebih daripada 170 bakal pelabur menghadiri Hari Demo di LAB Infiniti di mana usahawan menawarkan idea-idea perniagaan mereka untuk mencari rakan kongsi dan dana.

Sebuah syarikat start-up dari Jerman, Green City Solutions, telah membangunkan CityTree, iaitu sebuah panel panapisan udara yang bersifat seperti kultur lumut dan bertindak seperti pokok, yang boleh membersihkan udara dengan menapis bahan-bahan pencemar yang berbahaya. Kuasa penapisannya setara dengan 275 pohon pokok. Dengan sokongan daripada “Infiniti Accelerator”, Green City Solutions memperkenalkan penyelesaian ini ke seluruh Asia dan merancang untuk menubuhkan CityTree pertama di Hong Kong dalam bulan April, dengan kerjasama Hopewell Centre, di mana Lab Infiniti terletak.

Syarikat yang satu lagi, Precision Services Limited (PSL), yang membangunkan elektrik E-Basikal yang boleh dilipat, digulung dan pintar, telah mendapat sokongan daripada Infiniti dalam pembangunan produknya. PSL kini dalam perbincangan dengan Infiniti berhubung pelan komersialisasi produk.

Dua syarikat yang lain, TingPark, yang mereka platform yang dapat menunjukkan ketersediaan ruang letak kereta masa nyata di sekitar bandar, manakala Blockdox, yang membina platform perisian dan aplikasi mudah alih untuk meningkatkan pengurusan bangunan. Kedua-dua syarikat ini kini dalam perbincangan lanjut dengan syarikat induk Infiniti, Nissan, dan pasukan penyelidikan mereka di Silicon Valley mengenai kemungkinan berkerjasama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program “Infiniti Accelerator” dan inisiatif usahawan di Lab Infiniti, sila layari www.infiniti-hklab.com. Permohonan dibuka hari ini dan tarikh akhir penyerahan adalah pada 25 April 2016.

 

Previous post

RM256,888 Untuk Edisi Terhad Mercedes A 250 Motorsport

Next post

Perodua Myvi Masih Hangat Kegemaran Ramai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *