Berita Auto

Ferrari Bagi Kimi Uji Halo – Penghadang Penyelamat Kepala

Sesetengah daripada kita mungkin tahu bahawa pasukan F1 kini sibuk membuat persediaan untuk perlumbaan pertama musim 2016 di Melbourne dalam masa beberapa minggu ini. Jadi ada diantara mereka berada di Barcelona, melakukan kerja-kerja ujian penting tetapi untuk mereka yang kurang minat dan kurang kefahaman ini adalah agak membosankan.

Kimi Raikkonen Ferrari, telah melaksanakan tugas ujiannya semalam, melakukan 41 pusingan dengan program set-up untuk menilai tiga sebatian tayar Soft, Supersoft and Ultrasoft dan telah mencatatkan masa yang terbaik  1.22.765 deangan Ultrasoft.

Ferrari tests halo 2

Tetapi hari menjadi lebih menarik apabila pada pusingan pertama, Kimi adalah yang pertama menguji prototaip sistem Halo itu. Struktur karbon tiub yang dipasang diatas kokpit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pemandu berikutan beberapa siri insiden berprofil tinggi yang membawa kepada kecederaan teruk, dan juga kematian. Nampak gayanya Sistem halo lebih diterima ramai kerana idea asal kokpit tertutup tidak langsung tiba ke tahap permohonan oleh sesiapa.

Tetapi, memandangkan  F1 adalah F1 – dan yang lebih penting Ferrari adalah Ferrari – mereka menyangkakan yang sistem Halo inilah yang akan dilaksanakan dan mahu menjadi yang pertama untuk mendapatkan data ujian sebenar di litar. Lagipun, benda yang aneh ini kelihatan seperti mempunyai potensi sebagai alat aerodinamik utama.

Bagi pendapat kami tentang Halo ini,  kami cuma orang biasa. Jika Kimi suka, kita suka.

Ferrari tests halo 3

Previous post

BMW M2 vs Mercedes-Benz AMG A45: Perbezaan Terbesar

Next post

Peningkatkan Jualan Global 15.2% Volvo Cars Untuk Februari

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *