Berita Auto

PROTON Meneruskan Tradisi Pemeriksaan Keselamatan Percuma Sempena Tahun Baru Cina

Sinonim dengan promosi keselamatan di jalan raya semasa musim perayaan, PROTON Holdings Bhd (‘PROTON’ atau ‘Syarikat’) sekali lagi menyediakan pemeriksaan keselamatan 30 mata secara percuma di stesen-stesen PETRONAS yang terpilih. Promosi ini merupakan salah satu inisiatif kerjasama bersama pihak PETRONAS sempena kempen ‘PETRONAS Coffee Break’ pada tahun ini.

Promosi pemeriksaan keselamatan percuma ini akan berlangsung sepanjang 4 – 6 Februari 2016, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Wakil-wakil PROTON akan ditempatkan di tujuh stesen yang berbeza di Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.

Pemeriksaan keselamatan 30 mata percuma ini termasuklah pemeriksaan ke atas tahap cecair, bateri, bilah pengelap, penutup radiator, pengendalian pedal, sistem suspensi, sambungan stereng dan sistem ‘ball joint’, sistem penyejukan, bahan api dan sistem brek serta tekanan tayar (termasuk tayar ganti). Bagi memeriahkan lagi promosi yang diadakan ini, pemilik kereta-kereta Proton juga akan menerima beg cenderahati yang berisi buah limau mandarin, paket angpau dan air mineral sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka.

Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan yang sedang dijalankan di seluruh negara di mana pemilik Proton boleh membawa kereta mereka ke mana-mana pusat servis PROTON untuk mendapatkan pemeriksaan keselamatan secara percuma. Dengan inisiatif ini, pelanggan masih berpeluang untuk membuat pemeriksaan dengan lebih teliti walaupun telah berada dalam perjalanan pulang ke kampung mereka atau destinasi percutian hanya dengan mengunjungi pusat-pusat bergerak yang terletak di lokasi seperti di bawah:

• Kawasan Tengah

– Stesen PETRONAS NKVE Damansara

– Stesen PETRONAS Lebuhraya Silk

• Lebuhraya Utara-Selatan

– Stesen PETRONAS Taman Nilam Sari

– Stesen PETRONAS Bandar Anak Bukit

– Stesen PETRONAS Tok Senik

• Kawasan Selatan

– Stesen PETRONAS Lebuhraya Pasir Gudang

• Kawasan Pantai Timur

– Stesen PETRONAS Bentong R & R

 

Melalui perkhidmatan dan tawaran yang disediakan dalam kempen keselamatan ini, PROTON percaya ini boleh membantu mewujudkan kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan. Oleh itu, ini merupakan peluang untuk PROTON, sebagai pengeluar kereta untuk mendidik dan menggalakkan amalan keselamatan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan bolehlah menghubungi talian pusat khidmat pelanggan kami di 1800 888 398 atau e-mel kepada customercare@proton.com.

Logo

Previous post

Daimler Dan Enercity Tukar Gudang Sparepart Kepada Bateri Raksaksa.

Next post

ISUZU Kekal Sebagai Jenama Trak Paling Popular Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *