Cerita Auto

Perodua Buka Pusat Latihan Teknikal di Wilayah Utara

Perodua hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Penang Regional Development Authority (PERDA) yang akan membangunkan modal insan di utara Semenanjung Malaysia. Ini akan dilakukan dengan menubuhkan Pusat Latihan Teknikal Perodua di kawasan Utara.

MOU ini adalah untuk PERDA meminjamkan bangunan PERDA-TECH untuk menempatkan Pusat Latihan Teknikal Perodua. Struktur ini juga akan berfungsi sebagai asrama untuk pelatih, yang akan terdiri daripada golongan belia yang minat kereta.

Menurut perjanjian itu, Perodua akan membekalkan peralatan latihan, teknologi, mesin-mesin dan kenderaan bernilai RM250,000. Pembuat kereta nasional ini juga akan membekalkan tenaga pengajar. PERDA di sisi lain telah membelanjakan RM170,000 mengubah suai bangunan PERDA-TECH untuk menyesuaikannya untuk digunakan oleh Perodua.

 

Previous post

Renault Akan Lancar Kereta Sport Alpine Baharu

Next post

Volvo V90 Wagon Sedia Menerajui Segmen Wagon Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *