Cerita Auto

Pencabar Supercar Pagani Huayra BC

Nama “BC” mewakili singkatan Benny Caiola, seseorang yang telah banyak memberi inspirasi kepada Horacio Pagani selama ini. Benny begitu kagum dengan semangat dan teknologi kereta Horacio mencipta dari awal-awal lagi, beliau membuat sejarah sebagai pelanggan pertama untuk membeli Automobil Pagani . Huayra BC adalah Huayra Coupé yang paling berteknologi maju, memperkenalkan penyelesaian teknikal yang inovatif yang akan digunakan dalam kereta Pagani di masa hadapan. Ini bukan hanya Huayra yang telah di”restyle”, tetapi produk yang termasuk perubahan inovatif di setiap bahagian kenderaan. Ia adalah kereta yang mempunyai personaliti yang sama sekali berbeza dengan Huayra Coupé.

pagani_huayra_bc_3

pagani_huayra_bc_4

pagani_huayra_bc_5

Huayra BC ini dikuasakan oleh enjin V12 Bi-Turbo yang dibangunkan oleh Mercedes AMG semata-mata untuk Pagani. Enjin ini melepaskan lebih daripada 750 kuasa kuda dan diluluskan CARB dan EU6.

pagani_huayra_bc_7

Huayra BC mempunyai AMT (Automated Manual Transmission) 7-kelajuan

pagani_huayra_bc_8

pagani_huayra_bc_9

Sistem suspensi yang dibangunkan khas Huayra BC adalah yang paling ringan dan paling berkesan yang pernah digunakan  kenderaan prestasi tinggi  di jalanraya.

pagani_huayra_bc_10

Brembo merupakan rakan lama Pagani Automobili dan bagi Huayra BC mereka telah membangunkan satu sistem brek CCM (carbon-ceramic), dengan reka bentuk yang menggabungkan kelancaran dan kemampuan menahan permintaan tambahan hasil dari peningkatan prestasi kenderaan.

pagani_huayra_bc_11

 

Seperti semua model Pagani, Huayra BC akan dilengkapkan secara eksklusif dengan tayar Pirelli. Secara khusus, P Zero Corsa saiz-saiz 255 / 30ZR20 dan 355 / 25ZR21 yang akan menjaminkan hypercar baru dari Modena tahap keselamatan dalam semua keadaan penggunaan.

Akhir sekali, struktur baru telah mengurangkan berat tayar sekitar 3%. Rim forged  yang ringan, fungsi berfokus, bersaiz 20 inci pada gandar depan dan 21 inci di gandar belakang.

pagani_huayra_bc_12

pagani_huayra_bc_13

pagani_huayra_bc_14

pagani_huayra_bc_2

pagani_huayra_bc_3

Spesifikasi

  • Casis: Pagani Carbo-titanium monocoque, frame depan dan rear adalah steel tubes CrMoVanadio.
  • Enjin: Mercedes-Benz AMG V12 60 ° 36 valves; kapasiti enjin 5980 cc.
  • Kuasa: (kW) hp / rpm: (552) +750/6200 TBC*. Nm / rpm: 1000/4000.
  • Transmisi: Enjin belakang longitudinal sentral; pacuan roda belakang.
  • Kotak gear: AMT generasi  baru 7-speed (termasuk reverse) dengan electronic mechanical differential.
  • Brak: 4 unit ventilated discs Brembo CCM. Ant. 380×34 mm 6 piston caliper monolithic; Post. 380×34 mm 4 piston caliper monolithic.
  • Rim: Forged aluminum alloy APP monolithic; depan 20 inch, belakang 21 inch rear (konfigurasi jalanraya); depan 19 inch, belakang 20 inch (kit trak).
  • Tayar: Pirelli P Zero Corsa, Pirelli P Zero Trofeo R
  • Suspensi: 4-wheel independent double wishbone; upper rocker arm dengan coil spring dan shock absorber Öhlins; bar anti-roll; HiForg arms forged, machined CNC; uprights forged dan machined control
  • Berat: (Kg) 1218 kg

pagani_huayra_bc_1

 

Previous post

Kereta Lumba F1 Ferrari 2016 Diperkenalkan - Ferrari SF16-H

Next post

Volvo Lancar Kereta Tanpa Kunci. Langsung Tiada Apa-Apa Fizikal.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *