Berita Auto

Volkswagen Tambah Lagi Satu Pusat 3S Di Malaysia

Volkswagen Malaysia dan FA Wagen Sdn Bhd dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran tambahan terbaru kepada rangkaian Volkswagen – Pusat 3S Volkswagen Sri Hartamas. Tiga tingkat dengan keluasan lebih daripada 30,670 kaki pesegi, Volkswagen Sri Hartamas bersedia untuk memenuhi keperluan lengkap pemilik Volkswagen dari jualan kepada selepas jualan yang meliputi servis cepat & umum, diagnostik dan pembaikan besar. Pusat servisnya mempunyai 8 ruang kerja dan sepasukan 15 juruteknik berpengalaman dan diperakui tersedia untuk mendiagnosis isu dengan cekap, lebih cepat dan memberikan servis yang berkualiti kepada pelanggan.

Waktu perniagaan; Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum untuk bilik pameran, 8:30-6:00 dan untuk khidmat lepas jualan ia beroperasi dari Isnin hingga Jumaat 8:30-17:45 dan pada hari Sabtu, 08:30-12:30

 

Previous post

Bekas Stig Terangkan Mod-Mod Ford Focus RS Baru

Next post

Opel Siarkan Video Usikan Kepulangan GTnya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *