Gaya Hidup

UBER Mencecah 1 Billion Tunganggan Secara Global

UBER telah menjadi subjek kontroversi, bukan sahaja dalam berita tempatan tetapi di seluruh dunia juga. Kita telah melihat bagaimana pemandu teksi tempatan membantah terhadap perkhidmatan ini, kerana ia telah menjejaskan pasaran sehingga tahap yang menyebabkan lebih ramai orang lebih suka untuk menaiki Uber daripada teksi untuk menangani harga mahal antara isu-isu lain .

Nissan-NV200-taxi-photo

Ya, UBER di Malaysia menghadapi masalah tetapi tidak lah seteruk mana. Mungkin kerana demografi pemandu UBER disini yang menjadikan mereka kurang dipersoalkan – tetapi diluar negara terdapat kes kes rogol dan serangan yang dilaporkan, dan juga gangguan dari pemandu UBER yang membuat perkhidmatan ini agak tersebar luas. Memang kes-kes ini tidak banyak tetapi yang segelintir itu telah menyebabkan keadaan agak kucar-kacir memandangkan UBER memasarkan fakta yang mereka lebih selamat berbanding perkhidmatan teksi konvensional.

BOSCH 01 - Bosch World Experience - London Tower Bridge

Walaupun dengan semua itu, perkhidmatan perkongsian perjalanan ini masih mengekalkan popularitinya, terbukti adalah hakikat bahawa ia telah menyediakan lebih daripada 1 bilion tunggangan setakat ini. Perjalanan ke satu billion sebenar berlaku di London, pada malam Hari Krismas. Itu adalah bilangan yang mengkagumkan bagi sebuah syarikat yang telah wujud selama lebih kurang 5 tahun dan ini bererti tunggangan purata adalah kira-kira 15 juta sebulan di peringkat global.

 

 

Previous post

Design Sketch E-Class Baru Diumumkan

Next post

Tesla S Terbakar Di Tempat Mengecas

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *