Gaya Hidup

Tip-tip Pemanduan Ford Motor Company Dan Institut Emily Post

Memandu boleh menyebabkan lebih daripada kemarahan – ia boleh memberi kesan buruk ke atas perhubungan. Sama ada terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau memandu berjam-jam bersama mertua, menghabiskan masa di atas jalan berpotensi untuk menukar keseronokan menjadi pergaduhan dengan ahli keluarga. Jadi, apa kata kita mulakan tahun baru dengan azam untuk menjadi pemandu berhemah dan penumpang yang bersopan.

Untuk membantu mengurangkan tekanan ketika memandu, Ford Motor Company dan Institut Emily Post bekerjasama menawarkan tip-tip berguna agar lebih ramai menjadi pemandu dan penumpang yang sabar sempena tahun baru ini. Sebagai cicit kepada pakar etika paling terkenal di dunia, Emily Post, Daniel Post Senning berkongsi bahawa betapa mudahnya sifat bertimbang rasa boleh menjadikan perjalanan sesuatu yang menyeronokkan untuk semua orang. Daripada protokol pemandu berhemah sehinggalah penggunaan teknologi baru pada kenderaan, tip-tip mudah ini membolehkan semua orang rasa lebih seronok ketika kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru.

Tip-tip Etika Ketika Pergi Bercuti

Pertama sekali, para pemandu ialah hos. Anda pasti tidak menjemput ahli keluarga atau rakan-rakan ke rumah tanpa memikirkan tentang keselesaan dan hiburan untuk mereka. Jadi, kenapa tidak memikirkan perkara sama ketika hendak memandu? Dengan tip-tip ini, para pemandu kini pasti dapat menikmati perjalanan yang selesa dan menyeronokkan.

 

  1. Sifat sopan santun masih ada… cuma kelihatan berbeza pada hari ini. Membuka pintu untuk penumpang tidak akan pernah ketingalan zaman. Tetapi dengan ciri kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, protokol moden mungkin sedikit mengelirukan. Hari ini, kesopanan pemandu boleh dilihat apabila pintu dibuka sebelum penumpang memegang hendal pintu, atau mendapatkan suhu kabin yang sesuai (malah memanas atau menyejukkan tempat duduk) sebelum nenek memakai tali pinggang keledar.

 

  1. Mulakan perjalanan hebat ini. Penumpang mungkin tidak biasa dengan kenderaan anda. Jadi, gembirakan mereka dengan membuatkan mereka berasa dialu-alukan. Sama seperti anda menunjukkan tetamu lokasi bilik air dan dapur di rumah, beritahu penumpang tentang butang kawalan sistem hiburan, tempat duduk dan tingkap. Beritahu juga sumber kuasa untuk mengecas telefon pintar dan peranti elektronik lain. Misalnya port USB pintar di bahagian belakang kenderaan yang mudah diakses. Pastikan semua penumpang dapat apa yang mereka perlukan sebelum anda mulakan perjalanan.

 

  1. Hilangkan kebosanan.  Apabila terperangkap dalam kesesakan trafik, sedikit persediaan pasti memberi faedah besar untuk melawan kebosanan. Sebelum memandu, lengkapkan kenderaan dengan podcast, buku audio, TED Talks atau kekas-kelas dalam talian. Bercuti bersama rakan-rakan? Hasilkan satu senarai lagu dari zaman sekolah, cadangkan satu siri TV untuk ditonton atau sama-sama belajar sesuatu yang baru mengenai destinasi anda. Dengan sistem hiburan di dalam kereta dan sistem komunikasi seperti Ford SYNC, membawa pelbagai bentuk kandungan media untuk sepanjang perjalanan kini menjadi semakin mudah.

 

  1. Jika pemandu ialah hos, maka penumpang ialah tetamu. Anda tidak sepatutnya pergi ke rumah rakan dengan tangan kosong. Maka, jangan lupa buah tangan untuk pemandu anda. Untuk menyatakan terima kasih kerana sanggup mengharung kesesakan dan tekanan memandu pada musim cuti, kurangkan beban dengan mengambil sedikit tanggungjawab. Tawarkan diri untuk membayar petrol, belikan snek dan minuman, masukkan beg ke dalam kereta dan berikan hadiah.

 

Komunikasi sangat penting dalam perhubungan, sama ada dalam perjalanan atau sebaliknya. Persediaan efektif dan komunikasi yang jelas berkait-rapat di antara satu sama lain – pemandu, penumpang dan kenderaan mereka. Belajar bagaimana untuk berkomunikasi di dalam kenderaan bagi memastikan anda semua selamat sampai dalam keadaan harmoni.

 

  1. Pergi ke rumah nenek. Bercuti bersama keluarga? Elakkan tekanan dengan asyik bertanya “Bila nak sampai ni?”, sebaliknya hasilkan satu senarai dan nyatakan rancangan anda yang seterusnya. Berbual lah tentang tempat-tempat berhenti untuk makan, rehat dan pergi ke bilik air. Jadi semua orang tahu apa yang akan berlaku. Kanak-kanak juga boleh turut serta, ambil tahu perkembangan perjalanan dan beritahu lokasi-lokasi kegemaran mereka. Beritahu juga anggaran masa tiba. Dengan navigasi mudah yang disediakan oleh Ford SYNC, anda boleh mendapatkan laluan paling pantas, mengetahui tempat berhenti yang mesra keluarga sepanjang perjalanan dan masukkan senarai program lebih awal untuk memastikan perjalanan sentiasa mengikut jadual.

 

  1. Jangan jadi penumpang yang pasif. Jika anda bertuah dan duduk di kerusi hadapan dalam satu perjalanan yang jauh, bantu pemandu anda dengan perbualan yang bermanfaat. Pastikan anda peka dan lihat tanda jalan. (Elakkan daripada mengemas kini Instagram anda setiap lima saat). Paling penting, jangan komen tentang gaya pemanduan pemandu – tidak ada yang sukakan pemandu yang duduk di kerusi belakang, terutama apabila kondisi jalan menjadi sangat teruk dan tertekan!

 

  1. Berbual dengan ibu lebih banyak berbanding Siri. Ciri pengaktifan suara meletakkan semua bentuk maklumat berada di bawah arahan anda dari tempat duduk pemandu, sama ada untuk mencari lokasi berhenti yang seterusnya atau menghubungi datuk secara bebas tangan dan memberitahunya kita sudah memulakan perjalanan. Dengan sistem pengecaman suara yang lebih jelas pada hari ini, orang ramai bukan sekadar menamakan kenderaan masing-masing – malah bercakap dengan mereka! Cuma pastikan anda bercakap dengan penumpang, sekurang-kurangnya sama banyak dengan jumlah anda berkomunikasi dengan sistem hibran kenderaan.

 

  1. Kawal faktor gangguan. Kita semua mahu mendengar lagu karaoke kegemaran sepanjang perjalanan yang jauh, tetapi pemandu yang terganggu boleh mengakibatkan bahaya. Sebagai seorang penumpang yang bersopan, ikut kehendak pemandu dan tawarkan diri untuk menjadi DJ atau tunjukkan skrin kawalan bagi memudahkan tugasnya. Sekiranya anak-anak di tempat duduk belakang ada hiburan sendiri, pastikan mereka tidak memasang suara terlalu kuat sehinggakan tidak dapat mendengar arahan navigasi “Belok ke kanan dalam jarak 300 kaki.”

 

Teknologi baharu bermakna perilaku yang baru. Apabila Emily Post mula-mula menulis tentang etika automotif pada tahun 1949, kereta ialah satu inovasi teknologi. Dalam landskap teknologi pada hari ini, kereta hadir dengan pelbagai aplikasi tersendiri. Sama seperti telefon pintar, hampir semua orang boleh menggunakannya secara lebih sopan. Pastikan inovasi di dalam kenderaan berfungsi untuk meningkatkan, bukannya mengurangkan keseronokan percutian anda.

 

  1. Kekangan ketersambungan. Apabila memasuki kawasan yang terpencil, telefon pintar anda mungkin hilang capaiannya. Ketahui kemampuan sistem navigasi kereta, buat rebiu ringkas tentang jalan-jalan utama yang akan anda lalui dengan lebih awal dan simpan peta sebenar di dalam kereta. Ini bagi memastikan anda ada perancangan jika telefon pintar tidak dapat digunakan. Muat turun 1 atau 2 GB muzik kegemaran untuk didengar sepanjang zon ‘tiada saluran radio’. Pastikan penumpang sentiasa tenang dan gembira, tidak kira bagaimana sekali pun perjalanan tersebut.

 

  1. Elakkan tekanan di ruang yang sempit. Kita semua sudah biasa dengan drama yang boleh terjadi apabila berada di dalam kenderaan ketika pergi bercuti. Daripada merebut tempat duduk di tengah sehinggalah bergaduh untuk mendengar stesen radio, ruang yang sempit memang boleh membawa kepada pergaduhan. Untuk mengurangkan tekanan, gunakan ciri yang ada untuk membangkitkan mood. Daripada mendengar buku audio yang menyeronokkan sehingga menukar muzik di radio, sistem kereta anda boleh membantu menawarkan keselesaan yang berterusan kepada semua penumpang.

 

  1. Beri sokongan kepada sistem keselamatan sedia ada. Terpaksa melawan mengantuk selepas hidangan makan malam yang berat? Ingat, keinginan untuk tidur dalam perjalanan pulang memberi kesan kepada pemandu dan penumpang. Sekiranya anda tidak memandu dan hanya duduk dengan selesa sebagai penumpang, jangan tidur sebaik sahaja masuk ke dalam kereta – sebaliknya, terus peka dan berbual dengan pemandu. Ciri-ciri bantuan pemandu pintar seperti lane-keeping aid Ford sememangnya sangat membantu, tetapi lebih bagus jika anda penumpang yang sama-sama berjaga!

 

  1. Bersopan, hormati garis ruang parkir. Kita semua tahu supaya jangan bergaduh kerana ruang parkir, tetapi ia lebih daripada itu. Di kawasan parkir yang sesak pada malam acara yang meriah, tiada siapa yang suka kepada pemandu yang mengambil dua ruang parkir. Jangan pentingkan diri sendiri dan parkir dengan sambil lewa terutama pada musim perayaan ini. Tunjukkan rasa hormat kepada pemandu lain dengan meletakkan kenderaan di dalam kotak parkir. Jika anda tidak mahir untuk parkir secara mengundur, tiada siapa perlu tahu. Biarkan teknologi termaju dan semi automatik seperti Active Park Assist dengan parkir selari dan ciri Park-out Assist membantu anda masuk serta keluar dari ruang sempit dengan mudah.

 

 

drive-by-etiquitte-ford-emily-post

 

 

 

Previous post

Ford Masukkan V6 Twin Turbo Kedalam Mondeo Amerika

Next post

Memandu Secara Beretika Dibawakan Oleh Ford & Institut Emily Post

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *